1000 LIGA 2025 DAERAH JELEBU - KEJOHANAN OLAHRAGA

JELEBU, 3 JULAI - Telah berlangsung 1000 Liga 2025 Daerah Jelebu bersempena Kejohanan Olahraga MSSD Daerah Jelebu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir, Jelebu.
Objektif program 1000 Liga ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Selain itu program ini juga ingin menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri. Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias Exco Kanan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu. Turut hadir adalah Tuan Haji Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu serta barisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah didaerah Jelebu. Semoga program sebegini dapat memberi peluan kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDJelebu

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search