PERTANDINGAN DART 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025

12 JULAI 2025, Seremban -Telah berlangsung Pertandingan Dart 1000 Liga Peringkat Daerah Seremban bertempat di Aquatic Dart Club, Taman Cenderawasih, Seremban dengan penyertaan seramai 80 orang dengan mempertandingkan Kategori Perseorangan. Pertandingan dimulakan pada jam 8.30 pagi.
Program yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Scorpions Table Tennis Club dan Aquatic Dart Club (ADC). Johan di rangkul oleh Ruslan Jamli, Naib Johan pula jatuh kepada Mohd Haramaini bin Kamaludin dan tempat Ketiga di menangi oleh Muhammad Danial bin Ahmad Nor.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempunakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban di iringi oleh Encik Muhammad Mahfuz bin Mohd Yusof, Presiden Aquatic Dart Club (ADC) dan Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#1000ligaseremban2025#

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search