- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 39
SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN JELEBU: KURSUS PEMBUATAN PRODUK SIMEN FERRO PERINGKAT DAERAH JELEBU 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 39
19 Julai 2025, Jelebu - Telah berlansung program Skills For Life @ Parlimen : Kursus Pembuatan Produk Simen Ferro bertempat di SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj.
Pelaksanaan program ini adalah untuk memberi peluang latihan kemahiran asas menerusi kursus jangka pendek kepada belia dan komuniti setempat. Program ini juga merupakan usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan yang sejajar dengan inisiatif Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup semua kumpulan belia.
Pelaksanaan program yang merupakan hasil kolaborasi strategik di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu, SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah disertai oleh seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, belia setempat dan Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu.
Antara pengisian program yang dipelajari para peserta ialah membuat stepping stone, meja dan kerusi. Program Kolaborasi yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Norazman bin Mohamad Amin Pengetua SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Noorulhuda Bin Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, En Md Azhar bin Parlan Ketua Unit Hubungan Industri IKTBN Chembong dan En. Muhammad Fakhri bin Abdul Aziz Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu.
Terima kasih diucapkan kepada, semua pihak yang membantu menjayakan pelaksanaan program ini samada secara lansung atau tidak lansung. Semoga penganjuran program seperti ini dapat menarik minat golongan muda untuk meneroka dan menyerlahkan bakat dalam usaha untuk membentuk generasi Madani.
#skillsforlife
#smkduma
#parlimenjelebu
#doityourself
#beliajelebu
#jelebu
#jbsn9
#kbs
#teamkbs
#jbsnegara
#pmx
#ksn
#tpm1
#ybm
#ybtm
#ksukbs