PROGRAM RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH JEMPOL SIRI 2 TAHUN 2025 SEMPENA GOTONG ROYONG CERIA JALAN RAJA LAUT PEKAN BAHAU CHI WEN

BAHAU, 17 Julai 2025 (khamis) – Telah berlangsung Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Jempol Siri 2 Tahun 2025 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) bertempat di Jalan Raja Laut Pekan Bahau Chi Wen.
Seramai 150 orang telah hadir menyertai program ini bersama-sama membantu membersihkan kawasan pesekitaran Jalan Raja Laut pekan Bahau Chi Wen. Terdapat beberapa agensi dan NGO yang turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini seperti, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, SMJK Chi Wen, Felcra Kawasan Serting, JPKK Kg Bayai Baru, dan Persatuan Belia Felcra Bayai.
Program ini merupakan platform untuk mendidik komuniti dan masyarakat terutama golongan belia dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan tanggungjawab lestari alam terutama dalam persekitaran sendiri.
YB Tuan Teo Kok Seong Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap Adun Bahau turut hadir dalam menjayakan program ini bersama-sama Tuan Mohd Nazri bin Mulup Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Jempol serta Guru-guru pengiring SMJK Chi Wen.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program SATRIA SIRI 2 Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 pada hari ini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi supaya dapat diterapkan nilai-nilai murni kepada peserta dan masyarakat setempat.
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#rakanmudaofficial
#pbsdjempol

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search