GEMPAK - PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH REMBAU 2025

Rembau, 10 Julai 2025 (Khamis) – SMK Undang Rembau (URESS) diberikan kepercayaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Rembau selaku rakan strategik dalam pelaksanaan Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Rembau Tahun 2025. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau ini dilaksanakan bermula semalam dan berakhir pada awal petang tadi menyaksikan tiga aktiviti meliputi Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Doodle Art dan Pertandingan Inovasi Kitar Semula.
Inisiatif Rakan Muda yang kini diperkasa oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui sokongan Kementerian Pendidikan (KPM) mencakupi penyertaan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia melalui penganjuran di peringkat Daerah, Negeri seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkasa penyertaan belia melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi yang menekankan nilai perpaduan, kepimpinan, dan pembangunan sahsiah diri.
Terdahulu, pada hari pertama En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang Bengkel dan Pertandingan Kawad Kaki sebelum menyempurnakan majlis penutup pada hari ini. Turut hadir bagi menyampaikan hadiah dua lagi pertandingan adalah Tuan Haji Mat Rodzi bin Kadir, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid dan Encik Nasharudin bin Ab Rahman, Pengetua SMK Undang Rembau.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam membina semangat kerjasama, memperkukuh nilai-nilai positif serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti pembangunan diri dan komuniti. Pemenang bagi setiap pertandingan mengikut kategori bakal mewakili daerah ini ke Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan 2025 pada minggu depan di Daerah Jempol.
Setinggi penghargaan kepada seluruh pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, SMK Undang Rembau (URESS) yang telah menyediakan kemudahan logistik pertandingan dan semua JK Pelaksana, JK Teknikal Pertandingan, guru pengiring, urus setia, juri, peserta dan sukarelawan yang menjayakan program ini.
Rakan Muda Rakan Ekspresi.
Yakin Boleh.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#teamPBSDR
#JBSNBersama
#rakanmuda
#pbsdrembau
#ppdrembau
#smkur

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search