- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 56
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @KOMUNITI 2025 DAERAH PORT DICKSON SIRI 2 GEGAR WARGA EMAS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 56
Port Dickson, 10 Julai - Kecergasan fizikal ialah keadaan kesihatan dan kesejahteraan atau lebih khusus lagi, kemampuan untuk melakukan aspek sukan dan kecerdasan. Kecergasan fizikal biasaya melibat aktiviti senaman fizikal sederhana hingga kuat tanpa mengira peringkat umur. KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) telah berkolaborasi dengan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Port Dickson dalam menjayakan Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Daerah Port Dickson Siri 2 bertempat di PAWE Port Dickson, hari ini.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dan KEFA ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari 50 orang warga emas di sekitar daerah Pot Dickson. Seawal jam 07.30 pagi, ahli PAWE Port Dickson telah berkumpul untuk bersedia menjalankan aktiviti senamrobik.
Coach Zarina Harun selaku Jurulatih Kecergasan bersama Coach Siti Fauziah Jaafar, Coach Rozita Adam, dan Coach Awiyah Mohammad telah memulakan aktiviti senamrobik dengan regangan badan dan pemanasan badan. Sesi senamrobik telah berlangsung selama 60 minit dengan tahap kelajuan (pace) sederhana. Para peserta dari PAWE Port Dickson sangat teruja dan komited menjalankan aktiviti sehingga ke penghujung sesi.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson, Puan Noormila Abu Bakar selaku Pengerusi KEFA Aerofitt Sports Club dan Puan Asnah selaku Pengerusi PAWE Port Dickson.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
KEFA Group Official
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#KEFA #PAWEPortDickson #Komuniti