- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 8 PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 27
Seri Menanti, 27 Julai: Dengan bertemakan Pakaian Tepi Pantai, telah berlansung aktiviti Senamrobik di Dewan Orang Ramai Tanjung Ipoh, DUN Seri Menanti . Seramai 50 orang peserta, instraktor dan urusetia telah mengambil bahagian dalam program kali ini.
Program ini telah dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan kehadiran dan pendaftaran para peserta. Tepat jam 7.30 pagi acara regangan dan pemanas badan telah pun dimulakan oleh para instruktor senamrobik yang telah dipilih oleh penganjur program. Seramai 5 orang instruktor dan 3 orang juri telah pun turut serta menjayakan program senamrobik bersama komuniti DUN Seri Menanti kali ini.
Program ini adalah kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Kelab Senamrobik SE, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seri Menanti, JPKK Tanjung Ipoh, Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan dan Persatuan Hoki Daerah Kuala Pilah.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 8 DUN Seri Menanti telah dirasmikan oleh Pengerusi JPKK Kampung Tanjung Ipoh. Turut hadir Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Pegawai Khas ADUN Seri Menanti dan Wakil Skuad Waris AADK Daerah Kuala Pilah.
#KBSMalaysia
#jbsn
#jbsn9
#pbsdkp
#malaysiaaktif@komuniti2025
#malaysiaaktif@komunitidaerahkualapilah2025
#jpkktanjungipoh
#kelabsenamrobikSE
#persatuanhokidaerahkualapilah
#senamrobik@kp