PERTANDINGAN PINGPONG BERPASUKAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025.

TAMPIN, 26 Julai 2025 (Sabtu) – Telah berlangsung Pertandingan Pingpong Berpasukan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 bertempat di Pusat Latihan Pingpong Persatuan Pingpong Daerah Tampin. Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Persatuan Pingpong Daerah Tampin dan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC).
Pertandingan ini diserikan lagi dengan kehadiran En. Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang turut hadir bagi memeriahkan lagi pertandingan ini. Manakala majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Turut hadir bersama ialah En. Lee Sin Lian Pengerusi Persatuan Pingpong Daerah Tampin.
Pasukan 99 Spin Smart telah dinobatkan selaku juara setelah menewaskan Pasukan TTA Asahan di perlawanan akhir. Sementara tempat ketiga bersama disandang oleh pasukan Persatuan Hainan Tampin dan PPP Tampin.
Sekalung tahniah di ucapkan kepada para pemenang.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search