16 PASUKAN BERENTAP MEREBUT TEMPAT KE LSK PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025

Port Dickson, 28 Julai - Program Liga Sukan Komuniti (LSK) tidak meninggalkan komuniti wanita dalam menjayakan kemeriahan program ini. Pertandingan Bola jaring merupakan salah satu dari tiga acara sukan yang turut dipertandingkan dalam Program LSK Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2025, berlangsung di Laman Lestari d'SKIP, Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Perdana pada 26 Julai yang lalu. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama PD United Football Club (PD United) selaku rakan strategik dan dikuasakan oleh Persatuan Bola Jaring Negeri Sembilan (PBJNS) selaku rakan pengelola.
Seawal jam 07.30 pagi para peserta telah mula membanjiri venue pertandingan dan membuat pendaftaran pasukan di meja urusetia. Petugas teknikal turut bersama membuat semakan akhir sebelum pertandingan dimulakan. Pertandingan telah dijalankan secara liga yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Pertandingan pertama antara Pasukan BCD Netballers menentang Pasukan United NB dimulakan tepat pada jam 08.30 pagi. Pertandingan diteruskan mengikut jadual yang disediakan oleh pihak teknikal dengan format liga di peringkat kumpulan manakala format kalah mati di peringkat seterusnya.
Pasukan BCD Netballers telah berjaya menggalas gelaran Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300.00 berserta medal dan sijil pemenang selepas menewaskan Pasukan Hunters yang terpaksa menerima gelaran Naib Johan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200.00 berserta medal dan sijil pemenang. Pasukan PD Elite dan SNP Team selesa berkongsi tempat ketiga bersama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100.00 berserta medal dan sijil pemenang.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Nasir Ahmad Idris, Guru Besar SK Intan Perdana diiringi oleh Puan Siti Alifah Hamzah wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Encik Firdaus Lokmanalhakim dari PD United. Turut hadir bersama ialah Puan Norafizah Zolkafali, Pegawai Pemantau Program dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Puan Zaleha Ramli, Ketua Teknikal dari PBJNS. Johan dan Naib Johan Pertandingan Bola Jaring Program LSK Peringkat Daerah Port Dikcson 2025 akan mewakili daerah ini ke Program LSK Peringkat Negeri Sembilan yang dijadualkan pada September 2025.
Tahniah kepada semua pemenang. Anda hebat...kita jumpa di LSK Negeri Sembilan nanti.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#PDUnited #PBSJNS #SKIP #MBDPortDickson

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search