GBOI ‘B’ JOHAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025

27 JULAI 2025, Seremban - Pada jam 8.00 pagi tadi telah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seremban Tahun 2025 bertempat di Arena Sepak Takraw, Kg. Bahagia Jiboi. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban merupakan penganjur utama dengan kerjasama Scorpions Table Tennis Club dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan sebagai rakan pengelola dan teknikal bagi menjayakan program ini.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan, memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan perpaduan dan keharmonian dalam komuniti setempat. Sebanyak 18 pasukan berentap bagi merebut gelaran Johan dan Naib Johan bagi mewakili Daerah Seremban untuk mara ke peringkat Negeri. Perlawanan pertandingan akhir mempertemukan pasukan GBOI ‘B’ dan AROWIN yang akhirnya memihak kepada pasukan GBOI ‘B’ sebagai Johan manakala AROWIN terpaksa akur di kedudukan Naib Johan. Pasukan GBOI ‘A’ dan pasukan LENGGENG ‘A’ selesa berkongsi di tempat ke 3.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurkan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegwai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Turut hadir bersama semasa majlis tersebut Puan Ain Anati binti Ali, Pegawai Pemantau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban serta barisan teknikal pertandingan.
Terima kasih buat pengurusan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan di atas pengurusan sepanjang pertandingan berlangsung buat semua pemenang tahniah serta syabas dan kita berjumpa lagi di perlawanan di peringkat Negeri nanti.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
#LSKSeremban2025

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search