KSTBP 'B' DAN GEMILANG 'A' WAKIL DAERAH PORT DICKSON KE LSK PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025

Port Dickson, 28 Julai - Pertandingan Sepak Takraw Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh aksi sengit dan semangat kesukanan pada 27 Julai yang lalu bertempat di Dewan Kilat TNB, Port Dickson. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama PD United Football Club (PD United) dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) telah mendapat sambutan penyertaan yang hangat dan menggalakkan.
Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, menampilkan bakat-bakat tempatan dan menyemarakkan lagi semangat komuniti melalui sukan warisan Melayu yang digemari ramai. Sepanjang kejohanan, pemain-pemain menunjukkan kecekapan, kesungguhan dan semangat berpasukan yang tinggi, mencerminkan jati diri belia Port Dickson yang kental dan berdaya saing.
Pasukan Kelab Sepak Takraw Bagan Pinang (KSTBP) 'B' telah dinobatkan sebagai Johan pada edisi kali ini membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00 berserta medal dan sijil pemenang. Naib Johan disandang oleh Pasukan Gemilang 'A' yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 berserta medal dan sijil pemenang. Pasukan IDSTC dan SJTC akur berkongsi tempat ketiga bersama, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100.00 berserta medal dan sijil pemenang.
Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Faizal Haji Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi diiringi oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Encik Firdaus Lokmanalhakim dari PD United dan Encik Mohd Zahir Mohd Noor, Ketua Teknikal dari PESTANS. Johan dan Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw ini akan mewakili daerah Port Dickson ke Program LSK Peringkat Negeri Sembilan pada bulan September 2025.
Turut hadir bersama ialah Encik Habli Hijazi Abdul Aziz dan Puan Norafizah Zolkafali selaku Pegawai Pemantau Program dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson. Sekalung penghargaan dari pihak penganjur buat semua peserta, barisan teknikal dan urusetia, barisan pengadil dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Sepak takraw bukan sekadar sukan – ia warisan, semangat, dan suara komuniti!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS #LSK2025 #LSKPD
#YakinBoleh #RakanMuda
#PDUnited #MBDPortDickson #PESTANS

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search