PBSD PORT DICKSON PROMOSI NS7WC 2.0 @ PD FOREST SG. MENYALA DI NEGERI FM

Sg. Gadut, 06 Julai - Sesi Temuramah bersama DJ Fad dalam Segmen Suara 34 Puncak Prestasi : Borak Sukan & Rekreasi - NS7WC 2.0 @ PD Forest Sg. Menyala telah dihadiri oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Pembangunan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Sesi temuramah ini telah membawa suara dan amanat dari Yang Berbahagia Puan Nurhazelin binti Makli, Pegawai Daerah Port Dickson selaku Penyelaras Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge 2.0.
Persiapan untuk program ini telah menghampiri 70% kebersediaan dari segi logistik, pengisian program dan susunatur acara, di mana 30% lagi adalah semasa hari kejadian. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson selaku agensi pelaksana bersama agensi-agensi pengelola yang dilantik berganding bahu dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.
Cabaran NS7WC 2.0 @ PD Forest Sg Menyala menanti dan mengalu-alukan kedatangan 1500 orang peserta pada 12 Julai ini. Moh datang ramai-ramai !
Tkasih NEGERIfm Official, Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, YB Dato ' Haji Mustapha Nagoor & JBS Negeri Sembilan
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#NS7WC #PDForestSgMenyala

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search