- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
KUNJUNGAN MESRA DAN PERBINCANGAN BERSAMA
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
7 Julai 2025 | Seremban – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban telah menerima kunjungan daripada En. Nuradzly bin Kamaruzan, Pegawai Penyelidik kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, YB Dato’ MK Ibrahim bin Abd. Rahman, merangkap ADUN Angkat DUN Paroi.
Kunjungan ini membuka ruang berkenalan lebih dekat dan bertukar pandangan berkaitan prospek program pembangunan belia dan sukan.
PBSD Seremban amat mengalu-alukan usaha seperti ini demi memperkasa peranan belia dan sukan dalam komuniti, sejajar dengan agenda pembangunan negeri yang inklusif dan progresif.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih mantap pada masa akan datang.