- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 40
PBSD PORT DICKSON KOMITED MENJELAJAH SEKOLAH DEMI TAKLIMAT ARPRM
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 40
Port Dickson, 04 Julai - Pada 02 Julai 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin telah menjadi destinasi ke-10 bagi Siri Jelajah Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Daerah Port Dickson Tahun 2025. Seramai 200 orang pelajar telah berkumpul di dalam Balai Integrasi SMK Yam Tuan Radin bagi mendengar taklimat yang bakal disampaikan.
Program inisiatif anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson yang mendapat kerjasama erat dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson turut disambut baik oleh pihak pengurusan SMK Yam Tuan Radin bagi memberi pendedahan kepada pelajar berumur 14 hingga 18 tahun di sekolah ini tentang kelebihan menyertai Program ARPRM hari ini dan kelebihan anugerah berprestij ini di hari yang akan datang.
Melalui pendekatan 10 Gaya Hidup Rakan Muda, ARPRM dijangka dapat menarik minat remaja di peringkat sekolah menengah sekaligus melayakkan diri mereka diktiraf dengan menyertai program ikonik bertaraf antarabangsa ini mengikut komponen dan tahap yang ditetapkan. Taklimat ARPRM telah disampaikan secara interaktif dan komunikasi dua hala oleh Encik Mohd Azam Zakaria dari Unit Pembangunan Rakan Muda, PBSD Port Dickson. Para pelajar menunjukkan komitmen dan memberikan komen-komen positif melalui tayangan video dan sesi soal jawab.
Turut hadir bersama ialah Puan Sazilah Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum mewakili pengetua SMK Yam Tuan Radin bersama Puan Zuraidah Mat Ratin dan Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
JBS Negeri Sembilan belia.my
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda