- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 41
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2025 (SIRI 3)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 41
TAMPIN, 6 Julai 2025 (Ahad) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 3) bertempat di Bukit Dua Juta, Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kelab Senamrobik Sihat Anggun.
Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan yang bertujuan menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian.
Antara pengisian program pada kali ini adalah senamrobik dan mendaki Bukit Dua Juta, Gemas, Negeri Sembilan. Turut hadir pada program ini ialah En. Jasnie bin Abd Rahman wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Noor Fisah binti Mohamed, Presiden Kelab Senamrobik Sihat Anggun.
Program ini akan berlangsung sebanyak 12 siri dan sesi kali ini merupakan siri yang ke-3. Sekiranya anda berminat untuk menyertai, boleh berhubung dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin di Talian 06-4411378 atau boleh "PM" FB Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin