TINJAUAN TREK LALUAN NS7WC 2.0 : PD FOREST SG MENYALA

Port Dickson, 04 Julai - Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge (NS7WC) yang diperkenalkan oleh Yang Berhormat (YB) Dato' Haji Mustapha Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun lalu diteruskan lagi pada tahun ini, yang semestinya menjanjikan cabaran lebih sukar dari tahun lepas.
NS7WC 2.0 bagi daerah Port Dickson pada tahun 2025 dianjurkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson (PDTPD) bersama rakan agensi seperti Pejabat Hutan Daerah Port Dickson, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah (IPD) Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan lain-lain lagi. Program yang bakal berlangsung pada 12 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di PD Forest Sg. Menyala merupakan siri keempat dari tujuh siri dalam penganjuran NS7WC 2.0 Tahun 2025.
PD Forest Sg Menyala merupakan salah satu produk eko-pelancongan utama di Port Dickson selain pelancongan pantai masih lagi menjadi lokasi pilihan bagi penganjuran NS7WC 2.0 pada edisi kali ini. Pada 03 Julai yang lalu, YB Dato' Haji Mustapha Nagoor telah hadir untuk membuat tinjauan trek laluan bersama agensi-agensi pelaksana. Trek laluan yang disediakan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah Port Dickson adalah sejauh 10 kilometer.
Seawal jam 08.00 pagi, YB Dato' Haji Mustapha Nagoor bersama urusetia dari Pejabat EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, wakil PDTPD serta wakil dari agensi-agensi pelaksana daerah Port Dickson, sekretariat program dari UiTM Seremban 3 dan Persatuan Malim Gunung Negeri Sembilan telah memulakan perjalanan untuk membuat tinjauan ke atas trek laluan yang baharu.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah hadir dalam sesi tinjauan ini. Pihak PBSD Port Dickson telah ditugaskan oleh PDTPD untuk bertindak sebagai pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat bagi kelancaran penganjuran NS7WC 2.0 tahun ini. Turut hadir bersama ialah Puan Zuraidah Mat Ratin, Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam dari PBSD Port Dickson serta Encik Jamaluddin dari Gerakan Belia 4B (M) Pekan Teluk Kemang.
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#NS7WondersChallenge2 #PDForest

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search