PROGRAM SUMMER CAMP RAKAN MUDA 2025 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

MELAKA, 6 Julai 2025 - Program Summer Camp Rakan Muda 2025 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negara Saujana Asahan Melaka.
Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, kepimpinan dan semangat perpaduan dalam kalangan belia melalui aktiviti luar berdasarkan nilai - nilai modul Rakan Muda Jiran Muda. Seramai 48 orang peserta hadir daripada seluruh daerah iaitu dari SMK Bukit Kepayang Seremban, Kolej Permata UKM, SMK Tunku Syed Idrus Tampin, Madrasah Tahfiz Yamin Jelebu, Kolej Yayasan Negeri 9 Kuala Pilah,
SMK Bandar Baru Serting Jempol,
SRM Uniti Port Dickson dan IKTBN Chembong Rembau.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah perkhemahan, orienteering, survival bushcraft, river scarmbling, persembahan kebudayaan, first aider dan explorers.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, turut hadir Puan Salimah binti Abd Latif Pegawai Pemantau Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, Encik Mohd Erwan bin Abd Samad Ketua Fasilitator Terrex Outdoor Recreation Centre, Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Afizah binti Aduring Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNS, Encik Muhammad Waisulkarni bin Sulaiman Pembantu Belia dan Sukan Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNS dan Puan Amira binti Ismail Pembantu Belia dan Sukan daerah Tampin.
Semoga program sebegini dapat membantu membentuk jati diri belia menjadi lebih baik dan berilmu.
#yakinboleh
#rakanmuda
#RakanEkspresi
#JBSNBersama
#teamJBSN9
@hannahyeoh
#AdamAdli

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search