- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP GB4B (M) KAWASAN TELOK KEMANG BERLANGSUNG MERIAH
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
Port Dickson, 06 Julai - Gerakan Belia 4B (M) (GB4B) Kawasan Telok Kemang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dikcson telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup 4B pada 05 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di Gelanggang Futsal Taman Dato' Haji Abdul Samad. Pertandingan ini adalah inisiatif dan perancangan oleh Encik Mior Badran Mior Sabri, selaku Pengerusi GB4B (M) Kawasan Telok Kemang bersama barisan ahli jawatankuasanya melalui permohonan bantuan Dana Sukan Komuniti (DSK), mengambilkira keperluan dan minat anak muda masa kini dalam membudayakan sukan.
Pertandingan yang bermula pada jam 05.00 petang ini telah disertai oleh lapan pasukan terdiri daripada tujuh cawangan GB4B (M) Kawasan Telok Kemang iaitu GB4B (M) Cawangan Sirusa, GB4B (M) Cawangan Kampung Baru, GB4B (M) Cawangan Sri Linggi, GB4B (M) Cawangan Pekan Telok Kemang, GB4B (M) Cawangan Jimah Lama, GB4B (M) Cawangan Bagan Pinang, GB4B (M) Cawangan Kota Lukut dan satu pasukan jemputan dari Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah hadir dan merasmikan program ini dengan sepakan kick-off ke arah gawang gol dan seterusnya menyaksikan perlawanan di peringkat kumpulan dan suku akhir. Beliau berkesempatan beramah-mesra dengan para pemain dan semua ahli GB4B (M) Kawasan dan Cawangan yang hadir bersama dalam program ini. Beliau juga tidak ketinggalan untuk menyampaikan hadiah kepada individu yang bertuah dalam cabutan.
Keputusan pertandingan telah mengangkat GB4B (M) Cawangan Bagan Pinang sebagai Juara pada edisi kali ini menewaskan GB4B (M) Cawangan Kota Lukut dalam perlawanan akhir dengan mata 3-1. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh GB4B (M) Cawangan Sirusa dan tempat keempat dimenangi oleh GB4B (M) Cawangan Kampung Baru. Encik Mohd Najib Isa, Penyelaras DUN Bagan Pinang telah merasmikan majlis penutup program dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir bersama menjayakan program ini ialah Puan Siti Alifah Hamzah dari PBSD Port Dickson, Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi MBD Port Dickson, Encik Mohd Nazirul Ikhwan Sulaiman, Setiausaha Kelab Gimnasium Rakyat Port Dickson serta pengerusi-pengerusi dan ahli GB4B (M) peringkat kawasan dan cawangan.
#TeamPBSDPortDickson #TeamSukan
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#GB4BKawasanTelokKemang
#Bersatu #Belajar #Bekerja #Berkhidmat