- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 42
SESI PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA ANTARA KELAB BADMINTON SOKANDEN DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 42
29.05.2025, SEREMBAN - Selain daripada Agensi atau Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sukan juga mempunyai peranan yang penting dalam menjayakan misi dan visi kerajaan dalam membangunkan dan membudayakan sukan di kalangan masyarakat Malaysia. Pada pagi tadi, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban telah dikunjungi oleh Encik Mohd Hazim Shah bin Sabtu selaku Presiden dan Encik Mohd Arif bin Johari Setiausaha Kelab Badminton Sokanden dan seterusnya mengadakan sesi perbincangan jalinan kerjasama diantara Kelab Badminton Sokanden bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Didalam sesi perbincangan ini membincangkan jalinan kerjasama dua hala di antara NGO Sukan bersama Agensi Kerajaan dalam merangka, menyelaras serta merancang program-program mahupun pertandingan yang boleh dianjurkan bersama dalam mencari bakat baru, pelapis dan juga usaha dalam membangunkan sukan badminton khususnya.
Turut hadir bersama dalam sesi perbincangan ini Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Semoga dengan adanya sesi perbincangan 2 hala ini dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama diantara pihak agensi kerajaan bersama NGO Sukan bagi bersama-sama membangunkan sukan badminton di daerah Seremban dan kerjasama sebegini diharapkan dapat diteruskan dan menjadi titik permulaan bagi NGO Sukan-Sukan lain untuk bekerjasama dengan Agensi Kerajaan.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban