- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 55
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA DAERAH TAMPIN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 55
Gemencheh, 31 Mei 2025 (Sabtu) - Syabas dan tahniah diucapkan kepada kepimpinan Majlis Belia Daerah Tampin kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2025 yang dirasmikan oleh Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
MAT kali ini juga telah melakar lembaran baru sekali lagi apabila pucuk pimpinan Kelab Rakan Muda Pekan Tampin hadir sebagai pemerhati mesyuarat seterusnya bergabung dengan Majlis Belia Daerah Tampin dengan persetujuan sebulat suara daripada semua perwakilan.
Kelab Rakan Muda Pekan Tampin telah ditubuhkan pada 11 Jun 2024 dan kepimpinan serta keahlian kelab ini berumur seawal 17 tahun. Dengan gabungan ini memperlihatkan kesungguhan serta persediaann Majlis Belia Daerah Tampin dalam menyahut hasrat kerajaan mengenai pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 telah diluluskan yang melibatkan penurunan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2026.
Semoga usul - usul yang diutarakan dapat mencapai satu kata sepakat demi kecemerlangan Majlis Belia Daerah Tampin dan belia - belia di daerah ini khasnya.