KUNJUNGAN HORMAT AADK PORT DICKSON KE PBSD PORT DICKSON

Port Dickson, 19 Mei - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) telah menerima kunjungan hormat dari Pegawai dan kakitangan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Port Dickson, di sini hari ini. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Encik Frankie Anak Esa, Ketua Pegawai AADK Port Dickson bersama barisan pegawai yang lain. Kunjung hormat ini bertujuan untuk berkenalan dan beramah-mesra dengan pegawai-pegawai yang baharu berpindah ke PBSD Port Dickson serta membincangkan program-program yang boleh dikolaborasi bersama antara kedua-dua agensi ini.
Encik Frankie Anak Esa memulakan bicara dengan membentangkan beberapa program yang telah ditakwimkan oleh AADK Port Dickson sepanjang tahun 2025 dan mempelawa serta memohon kerjasama dari PBSD Port Dickson dari segi pelaksanaan dan penyertaan golongan belia. Menurut beliau, program-program AADK Port Dickson adalah berbentuk aktiviti khidmat masyarakat, aktiviti kerohanian, aktiviti santai dan aktiviti kecergasan. Melalui program-program tersebut, AADK Port Dickson akan memberikan pendedahan berkaitan penyalahgunaan dadah dan faktor risikonya.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson bersama barisan pegawainya menyambut baik kedatangan pegawai-pegawai dari AADK Port Dickson dan turut berbesar hati untuk merealisasikan kebersamaan serta kebersediaan PBSD Port Dickson dalam menjayakan program-program kolaborasi dengan pihak AADK Port Dickson demi kepentingan belia dan komuniti. Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kempen pendedahan dan pencegahan penyalahgunaan dadah boleh dilaksanakan melalui Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson selaku badan induk pertubuhan belia di daerah Port Dickson ini, sekaligus menjadi ejen AADK kepada masyarakat setempat.
Kedua-dua agensi amat berpuashati dengan pertemuan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang bakal terlaksana akan membuahkan hasil yang memberangsangkan demi kepentingan golongan belia dan masyarakat yang bebas dadah.
#TeamKBS
#TeamJBSN #JBSNBersama
#TeamJBSN9
#TeamPBSDPortDickson
#AADKPortDickson

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search