- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 41
SINTHU MUTHUVEERAN UNGGULI TEMPAT KETIGA KATEGORI WANITA APBN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 41
Port Dickson, 19 Mei - Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2025 Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus telah berlangsung meriah pada 17 dan 18 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Dewan Negeri Rantau.
Seperti saban tahun yang lalu, Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 turut dilaksanakan dalam acara sambutan pada edisi kali ini. Cik Sinthu Muthuveeran dari Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Teluk Kemang telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi Kategori Individu Wanita dalam anugerah yang berprestij ini. Beliau telah membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM500.00.
Cik Sinthu Muthuveeran merupakan anak jati Port Dickson yang mendapat pendidikan awal di daerah ini telah bergiat aktif dalam pergerakan belia bermula di bangku sekolah lagi. Beliau merupakan Setiausaha bagi HYO Teluk Kemang dan pemegang Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Setelah dua tahun berturut-turut menyertai APBN, penilaian tahun 2025 telah mengiktiraf hasil titik peluh beliau untuk menjejaki podium di tempat ketiga.
Cik Sinthu Muthuveeran mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson di atas khidmat nasihat, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan kepada beliau sepanjang penglibatan beliau dalam arena ini. Beliau juga berazam untuk terus menyertai APBN di tahun yang mendatang sehingga dinobatkan sebagai Johan.
Sekalung penghargaan dan tahniah buat Cik Sinthu Muthuveeran di atas kemenangan ini dan semoga ianya menjadi penyuntik semangat kepada para belia dan beliawanis di daerah Port Dickson untuk terus bergiat aktif dan mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Turut hadir meraikan kememangan ini ialah Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson dan Encik Dineshkumar Narayanasamy, Pengerusi HYO Teluk Kemang.
HYO Teluk Kemang
Hannah Yeoh Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
belia.my KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda