SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 & PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Paroi, 18 Mei 2025 – Sambutan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan penuh meriah pada 17 dan 18 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Program ini turut digandingkan bersama Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat, satu inisiatif yang menekankan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan belia.
Majlis perasmian telah diadakan pada 18 Mei 2025 jam 11.00 pagi dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau. Dalam ucapannya, beliau menekankan pentingnya peranan belia sebagai agen perubahan negara serta menyeru agar semua pihak memberi penekanan kepada gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir memeriahkan majlis perasmian ialah:
YB Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, EXCO Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan;
Yang Berbahagia Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan;
Yang Berbahagia Dr. Zuraida binti Mohamed, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan;
Yang Berusaha Saudara Mohd Fairos bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan;
Yang Berbahagia Dato’ Abdul Samad bin Ibrahim, Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Sembilan.
Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan termasuk Karnival Kerjaya, Pertandingan E-sport, Himpunan dan Pertandingan Motorshow, Pameran Agensi, Saringan Kesihatan Percuma, Derma Darah, Pertandingan Catur, Pertandingan Futsal dan Bola Sepak, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Gemalai Tari, dan banyak lagi aktiviti-aktiviti berteraskan pembangunan sahsiah dan kepimpinan generasi muda telah dilaksanakan pada hari tersebut.
Program ini bukan sahaja menjadi platform kepada belia untuk menonjolkan potensi diri, malah turut membuka ruang kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan belia, dan komuniti dalam memperkukuh solidariti serta menyemarakkan semangat cintakan negara melalui pendekatan kesihatan dan perpaduan.
Dengan sambutan yang memberangsangkan, penganjuran kali ini berjaya mencapai objektif untuk memperkasa belia Negeri Sembilan ke arah Malaysia Madani yang sihat, aktif, dan berdaya saing.
#PMX #KSN #KPPA Hannah Yeoh #AdamAdli
#teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #JBSNBersama #JBSNKomited #HBN2025
#YakinBoleh #RakanMuda #MalaysiaMADANI
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search