PENGARAH JBSNS HADIR KE SEMARAK HBN 2025 DAERAH PORT DICKSON

Port Dickson, 16 Mei - Kemeriahan sambutan Semarak Hari Belia Negara (HBN) 2025 Daerah Port Dickson yang bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan, semalam. Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson bersama Encik Khairi Kamaruddin, Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson dan ahli jawatankuasa MBD Port Dickson.
Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin sempat meninjau booth-booth pameran agensi yang disediakan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Port Dickson, Ikatan Relawan (RELA) Daerah Port Dickson, Muzium Lukut, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Port Dickson, Grad Malaysia dan Pusat Haemodalisis Harmoni. Di samping itu juga, beliau turut menyaksikan sesi perkongsian oleh GTI Media Sdn Bhd bertajuk Effective CV Writing : Tips and Templates kepada 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun akhir KVPD.
Pavilion MBD Port Dickson dan Pavilion Rakan Muda turut mendapat perhatian Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin dalam sesi lawatan beliau. Beliau yang diiringi oleh pegawai dan kakitangan PBSD Port Dickson serta majlis tertinggi MBD Port Dickson menggunakan kesempatan yang ada untuk berkenalan dan beramah mesra dengan badan-badan gabungan MBD Port Dickson yang menjadi tunjang pelaksanaan program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson pasa edisi kali ini.
Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin amat tertarik dan teruja dengan idea MBD Port Dickson iaitu Pertandingan Kanvas Seni : PD View di bawah Port Seni di mana ianya dapat mengumpulkan sebanyak 90 unit lukisan kanvas berkaitan pandangan para belia berumur 13 hingga 17 tahun terhadap Port Dickson. Seterusnya, Tuan Ahmad Syariffuddin Sarmin telah menunggang jentera "all-terrain vehicle" (ATV) mengelilingi kawasan KVPD sambil ditemani oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif dan Encik Dineshkumar Narayanasamy, Timbalan Pengerusi (MBD) Port Dickson. Di akhir sesi lawatan, beliau telah melawat Port Makan-Makan di sebelah Dewan Seri Gemilang KVPD dan menikmati hidangan kopi dari Port Santai Janji Sampai : Coffee Street.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada PBSD Port Dickson serta MBD Port Dickson selaku rakan strategik pelaksanaan Program Semarak HBN 2025 Daerah Port Dickson. Beliau mengharapkan agar jalinan kerjasama dan ini akan diteruskan lagi demi pembangunan serta pemerkasaan belia dalam daerah Port Dickson, dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir bersama dalam sesi lawatan ialah Encik Mohammad Shafie Hamir, Pengarah KVPD dan Encik Nor Fazal Adura Nordin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, KVPD.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
Majlis Belia Daerah Port Dickson
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda
#MBDPortDickson #MenggerakBelia

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search