PERKONGSIAN GAYA HIDUP RAKAN MUDA TARIK MINAT PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Port Dickson, 25 April - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson telah menganjurkan Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) AADK Peringkat Daerah Port Dickson yang berlangsung pada 25 hingga 26 April 2025 bertempat di Masjid Kariah Telok Kemang, Port Dickson.
Program ini melibatkan 38 orang pelajar sekolah rendah tahap 2 di sekitar daerah Port Dickson bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kesan dan bahaya penyalahgunaan dadah serta membina kemahiran hidup (life skills) yang resilien agar tidak terjebak dengan bahan terlarang di samping memberi pendedahan berkaitan fungsi institusi masjid dan memupuk minat para peserta untuk datang ke masjid.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson telah dijemput untuk berkongsi serta memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan 10 gaya hidup Rakan Muda pada hari ini. Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Port Dickson yang turut dibantu oleh Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Sukan PBSD Port Dickson telah hadir menyantuni para peserta dengan pengenalan gaya hidup Rakan Muda serta menyediakan sedikit permainan interaktif dan uji minda kepada peserta. Para peserta teruja dengan program-program yang tertakluk di bawah 10 gaya hidup Rakan Muda dan memberi sepenuh komitmen dalam aktiviti yang dijalankan.
Perkongsian dari PBSD Port Dickson ditutup dengan penuh keceriaan apabila diakhiri tepuk sorak kumpulan-kumpulan peserta. Semoga ilmu baik yang dikongsikan dapat bermanfaat serta menjadi tauladan kepada para peserta.
#JBSNegara #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search