- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 99
PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM SEMARAK HBN DAERAH PORT DICKSON 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 99
Port Dickson, 24 April - Hari Belia Negara (HBN) bakal diraikan pada 15 Mei 2025 serentak seleruh Negara seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dan rakan strategik Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson telah sepakat untuk memilih Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) sebagai venue pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson 2025.
Sehubungan dengan itu, pada hari ini, pegawai-pegawai dari PBSD Port Dickson bersama Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa (AJK) MBD Port Dickson telah berkunjung ke Pejabat Pengarah KVPD bagi membincangkan serta mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kolej tersebut sebagai venue program.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah memberikan penerangan berkaitan dengan pelaksanaan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson 2025 kepada Encik Mohd Shafie Hamir, Pengarah KVPD. Seterusnya, Encik Mohd Khairi Kamarudin selaku Pengerusi MBD Port Dickson juga turut menerangkan perihal intipati program yang telah dirancang.
Tuan Haji Mohd Shafie Hamir sangat berbesar hati perkara ini dan menerimanya program ini dengan lapang dada. Beliau turut menawarkan khidmat sukarelawan yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk membantu kelancaran program.
Setelah selesai perbincangan, Tuan Haji Mohd Shafie Hamir membawa rombongan PBSD Port Dickson dan MBD Port Dickson melawat kawasan dan tapak program.
Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Encik Mohd Hafiz Shamsudin, Pegawai dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sembilan merangkap AJK Ekonomi dan Kerjaya MBD Port Dickson, Puan Khairina Kamarudin, Setiausaha MBD Port Dickson serta Encik Mohd Hanif Nadri, AJK Sosial MBD Port Dickson.
Semua pihak berharap program ini akan berjalan dgn lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Bahangnya kian terasa!
#TeamJBSN #JBSNBersama
#TeamKBS #TeamJBSN9
#TeamPBSDPortDickson
#MBDPortDickson #menggerakbelia