- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 77
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗟𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗝𝗘𝗠𝗣𝗢𝗟 🔥⚡
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 77
- 21 Februari 2025 | Jumaat
- Bersamaan 22 Syaaban 1446H
- Surau KRM Jempol
Jempol - Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Perdana anjuran Jawatankuasa Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.
Majlis bacaan yasin dan tahlil telah berlangsung di Surau KRM Jempol dan dipimpin oleh Alfadil Ustaz Mohamad Irfan Marzuki bin Mohamad Nor, Imam Masjid Al Rahman Bahau.
Seramai 70 orang peserta telah menghadiri program ini. Turut hadir ialah En. Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama-sama para pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol merangkap Ahli Jawatankuasa Surau KRM Jempol, kakitangan pembersihan & keselamatan KRM Jempol dan kakitangan kafeteria bersama ahli keluarga masing-masing.
Program bermula pada jam 7.15 petang dengan kehadiran semua tetamu jemputan, diikuti Solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil. Selepas Solat Isyak berjemaah, semua tetamu yang hadir menikmati jamuaan makan malam di kafeteria KRM Jempol.
Semoga kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini kita dapat bersama-sama meningkatkan amalan yang berterusan, insyallah.
#MalaysiaMADANI
#JBSNKomited
#pbsdjempol
#rakanmuda
#rakanekspesi
#fypシ
JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara