- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 72
SESI LAWATAN KUNJUNG HORMAT OLEH MAJLIS BELIA INDIA (MIYC) NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 72
- Seremban
- 18 Februari 2025
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia India Negeri Sembilan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi, Encik Kasinath, Setiausaha Kehormat, Puan Gayatri, Ketua Puteri, Puan Krishalini dan Exco, Encik Naveen Raj. Sesi yang berlangsung pada 6 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, menjadi platform untuk perbincangan strategik antara kedua-dua agensi.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSNS yang mengalu-alukan kehadiran Majlis Belia India Negeri Sembilan. Turut hadir bagi pihak JBSNS adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBSNS, Encik Shahrizal Bin Ramli, wakil dari Bahagian Pembangunan Sukan, Encik Muhammad Waisulkarni Bin Sulaiman, wakil dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNS.
Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai MIYC oleh Pn. Gayatri yang memperkenalkan ahli jawatankuasa MIYC, pencapaian, serta program-program yang pernah dianjurkan oleh MIYC Negeri Sembilan. Program-program tersebut melibatkan aspek kebudayaan, perpaduan, sukan, kemahiran serta pendidikan dan juga kesihatan belia. Seterusnya, tuan Pengarah dan juga Timbalan Pengarah JBSNS telah berkongsi program-program yang telah berlangsung sepanjang 2024 serta dana-dana yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.
Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada potensi kolaborasi strategik antara JBSNS dan MIYC Negeri Sembilan. Semoga sesi kunjung hormat ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara JBSNS dan MIYC Negeri Sembilan dalam memperkasa pembangunan belia, sukan, komuniti, dan kesejahteraan sosial di Negeri Sembilan.