- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 68
MAJLIS BACAAN YAASIIN DAN MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 68
SEREMBAN, 14 Februari 2025 - Telah berlangsung Majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat pada hari ini di Bilik Mesyuarat Aras 1 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagi menzahirkan Salam Takziah buat seorang kakitangan jabatan yang baru kehilangan ahli keluarga terdekat.
Majlis telah di pimpin oleh Encik Anas Fakhri bin Abd Aziz, Pegawai Belia dan Sukan dan ianya telah di hadiri oleh Tuan Pengarah serta semua pegawai dan kakitangan di Jabatan.
Majlis juga di teruskan dengan mengadakan Majlis penghargaan dan perpisahan kepada kakitangan yang bertukar iaitu Encik Nizam bin Mohd Top yang akan ke Jabatan Kastam Negeri Sembilan yang berkuatkuasa pada 17 Februari 2025 ini. Selamat maju jaya kami ucapkan dari warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kepada yang akan bertugas di tempat baru.