๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—›๐—œ๐—•๐—•๐—”๐—› (๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—˜๐—ฃ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐Ÿ”ฅโšก

- 8 Februari 2025 (Sabtu)
ย - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
SHAH ALAM โ€“ Karnival Sukan Muhibah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 telah berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Selangor. Seramai 50 orang ahli Kelab WARIS (Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan) telah mewakili kontinjen Negeri Sembilan bagi SUKMEP 2025 kali ini.
Karnival Sukan ini disertai oleh lima (5) kontinjen daripada Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Perak. Sebanyak tujuh (7) acara dipertandingan iaitu Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Karom, Pickleball, Ping Pong, Olahraga (8 x 50 meter) dan Tarik Tali.
Karnival SUKMEP kali ini dikendalikan oleh Kelab Kebajikan Keluarga JBS Negeri Selangor selaku tuan rumah dengan kerjasama Kelab Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (WARIS), Kelab Sukan dan Kebajikan JBS WP Kuala Lumpur, Kelab Sukan dan Kebajikan JBS Negeri Johor dan Kelab Sukan dan Kebajikan JBS Negeri Perak.
Kontinjen WARIS Negeri Sembilan telah mendapat kedudukan tempat Ketiga keseluruhan. Johan dimenangi oleh kontinjen tuan rumah Negeri Selangor dan Naib Johan milik kontinjen WP Kuala Lumpur. Manakala, kontinjen Negeri Perak dan Johor telah mendapat tempat keempat dan kelima keseluruhan.
Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan :-
๐—™๐˜‚๐˜๐˜€๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ถ
Johan - WP Kuala Lumpur
Naib Johan - Selangor
Ke 3 - Johor
Ke 4 - Negeri Sembilan
Ke 5 - Perak
๐—™๐˜‚๐˜๐˜€๐—ฎ๐—น ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ
Johan - Selangor
Naib Johan - Negeri Sembilan
Ke 3 - Perak
Ke 4 - WP Kuala Lumpur
Ke 5 - Johor
๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ผ๐—บ
Johan - Selangor
Naib Johan - WP Kuala Lumpur
Ke 3 - Negeri Sembilan
Ke 4 - Johor
Ke 5 - Perak
๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ผ๐—ป๐—ด
Johan - Selangor
Naib Johan - WP Kuala Lumpur
Ke 3 - Negeri Sembilan
Ke 4 - Johor
Ke 5 - Perak
๐—ฃ๐—ถ๐—ฐ๐—ธ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—น
Johan - Perak
Naib Johan - WP Kuala Lumpur
Ke 3 - Selangor
Ke 4 - Negeri Sembilan
Ke 5 - Johor
๐—ข๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ
Johan - Selangor
Naib Johan - Negeri Sembilan
Ke 3 - Perak
Ke 4 - WP Kuala Lumpur
Ke 5 - Johor
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ถ
Johan - Selangor
Naib Johan - Negeri Sembilan
Ke 3 - WP Kuala Lumpur
Ke 4 - Johor
Ke 5 - Perak
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah sempurnakan oleh YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam. Hadir bersama ialah Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Azura binti HajI Sarbin, Pengarah JBS Negeri Selangor, Encik Ahmad Shariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah JBS WP Kuala Lumpur, Encik Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBS Negeri Johor dan Encik Khairul Adri bin Datoโ€™ Rosli, Timbalan Pengarah JBS Negeri Perak.
Syabas dan Tahniah kepada semua pasukan yang menyertai Karnival SUKMEP pada tahun ini.
#MalaysiaMADANI #KBSMalaysia #JBSNKomited #TeamJBSN9 #KelabWARIS #SUKMEP2024 #fypใ‚ทใ‚šviralใ‚ทfypใ‚ทใ‚š
JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-02-2026, 11:51:09

Copyright ยฉ 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search