- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 129
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐จ ๐๐ข๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐จ (๐ฆ๐จ๐๐ ๐๐ฃ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ) ๐ฅโก
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 129
ย - 6 Februari 2025 | Khamis
ย - KOMBES Negeri Sembilan
Seramai 47 orang pegawai dan kakitangan JBS Negeri Sembilan yang merupakan ahli Kelab Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (WARIS) telah menghadiri sesi penyerahan bendera dan baju Kontinjen Negeri Sembilan ke Karnival Sukan Muhibbah Enam Penjuru (SUKMEP 2025).
Simbolik penyerahan bendera telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Shariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan kepada Encik Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, YDP Kelab WARIS merangkap Ketua Kontinjen diringi oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Ketua Kontinjen merangkap Timbalan YDP Kelab WARIS. Turut hadir bersama ialah Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan), JBS Negeri Sembilan.
Karnival SUKMEP 2025 akan berlangsung pada 8 Februari 2025 (Sabtu) ini bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Selangor yang akan disertai enam (6) kontinjen daripada JBS Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Melaka. Sebanyak tujuh (7) acara sukan akan dipertandingkan iaitu Futsal Lelaki, Futsal Wanita, Pickleball, Ping Pong, Karom, Tarik Tali dan Olahraga.
Selamat Maju Jaya untuk Kontinjen Kelab WARIS, JBS Negeri Sembilan. Semoga beroleh kejayaan dan menjadi juara. ย ย
#MalaysiaMADANI
#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#TeamJBSN9
#KelabWARIS
#SUKMEP2025
#fypใทใviral
JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara