KUCHING, 22 September: Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching pada Ahad.
Hadir sama Premier Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
PROGRAM PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024
Tampin, 21 September 2024 (Sabtu) - Program Plogging Bersama Komuniti Peringkat Daerah Tampin Siri 2 telah diadakan di SJK (C) Chung Hua, Tampin. Program ini dijalankan bersempena dengan Pesta Tanglung Tahunan yang dikelolakan oleh Gabungan Enam (6) Persatuan Cina Kawasan Tampin dan Pulau Sebang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi pengisian program ini seperti Pertandingan Tai-chi, Tarian Naga, Tarian Kipas, Persembahan Gendang 24 Musim, Persembahan Tumbuk Kalang serta pertandingan tanglung tercantik.
Program ini adalah sebagai salah satu platform bagi mendidik komuniti dan masyarakat khasnya kanak - kanak, remaja dan keluarga dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan tanggungjawab lestari alam terutamanya di dalam persekitaran sendiri.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Repah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Tampin, En. Lee Sin Lian, Pengerusi Persatuan Pemuda Kah Yin Tong Heong Fui Tampin serta ketua - ketua dan pemimpin persatuan yang terlibat.
1. EDARAN KAD AKREDITASI ATILIT, PENGURUS & PENGIRING
Team urusetia JBS Negeri Sembilan telah bergerak ke hotel penginapan dan venue latihan untuk mengedarkan kad akreditasi kepada atlit dan pengurus pasukan Ping Pong, Powerlifting, Tenpin Boling, Catur dan Badminton.
2. MENGHADIRI SESI RAPTAI AKHIR MAJLIS PERASMIAN
Ketua Kontinjen (CDM) dan Timbalan CDM bersama para pegawai dan atlit telah hadir ke sesi raptai akhir Majlis Perasmian Pembukaan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Stadium Perpaduan Sarawak, Petra Jaya Kuching.
3. LAWATAN KE BILIK SEKRETARIAT KONTINJEN
Ketua Kontinjen (CDM) Tuan Ahmad Shariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBS Negeri Sembilan turut membuat lawatan dan tinjauan ke Bilik Sekretariat kontinjen bertempat di Bangunan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) yang juga merupakan agensi angkat kontinjen Negeri Sembilan. Seterusnya berlangsung satu mesyuarat ringkas dipengerusikan oleh CDM bersama para pegawai dan urusetia JBS Negeri Sembilan.
4. MAJLIS MAKAN MALAM PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024
Telah berlangsung Majlis Makan Malam Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bersama barisan
atlit dan ketua kontinjen setiap negeri. YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak wakil rasmi YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak telah hadir merasmikan majlis makan malam tersebut.
Hadir sama ialah YB Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak dan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
CDM Negeri Sembilan turut menyampaikan cenderamata balas dalam sesi pertukaran hadiah kepada Timbalan Premier Sarawak sebagai tanda kenangan.
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS SIRI 2/2024 PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH
Kuala Pilah, 21 September 2024 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Siri 2/2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Dewan Orang Ramai Senaling .
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah bersama JPKK Kg Bemban dan KRT Senaling. Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga emas dari Kg Bemban dan Pekan Senaling.
Bermula tahun 2024, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengambil langkah proaktif untuk mengalakkan sukan dalam kalangan warga emas bagi memastikan kesihatan fizikal, rohani dan mental golongan ini terpelihara.
Terima kasih kepada semua komuniti terutama warga emas dari Kg Bemban dan Pekan Senaling yang sudi bersama- sama memeriahkan program ini .Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Team Senamrobik Puan Maria dari Kelab Kecergasan Kuala Pilah kerana sudi menjayakan program ini.Tahniah buat semua
Selamat Berjuang buat Kontinjen Negeri Sembilan ke temasya sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan berlangsung di sekitar bandar Kuching, Sarawak pada 22 hingga 28 September 2024.
Pada kali ini, Kontinjen Negeri Sembilan akan bersaing dalam 10 acara sukan iaitu Olahraga, Memanah, Boccia, Tenpin Boling, Renang, Powerlifting, Catur, Lawn Bowls, Badminton dan Ping Pong.
CDM Negeri Sembilan, Tuan Ahmad Shariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah berangkat dan selamat tiba di Kuching bersama-sama atlit, pengurus, jurulatih, pengiring dan pegawai JBS Negeri Sembilan.
Ketibaan pasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh para pegawai dan kakitangan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) yang merupakan Jabatan Angkat Kontinjen Negeri Sembilan.
Semoga kontinjen Negeri Sembilan beroleh kejayaan.
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN.
SEREMBAN, 20 September 2024 (Jumaat) - telah berlangsung Majlis Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2, 2024 bertempat di RNJ Swimming Academy Jalan Sri Pinang Seremban. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagia dalam sesi pada hari ini yang diantaranya berumur 6 tahun hingga 12 tahun.
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak.
Hadir majlis penutup serta penyampaian sijil program KLAS Renang ialah Pn.Aziana Binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, En.Muhammad Azhar Bin Rahim, Ketua Jurulatih Seremban, RNJ Swimming Academy, Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Jutaan terima kasih pada ibubapa yang hadir serta komitmen yang tinggi dalam program renang yg julung kali diadakan ini.
Semoga program seumpama ini dapat dijalankan bagi mendidik lebih ramai anak-anak istimewa ini bagaimana cara menyelamatkan diri semasa berada di dalam air ketika kecemasan. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
SENAMAN WARGA EMAS DAERAH PORT DICKSON SIRI 1 TAHUN 2024
Port Dickson , 19 September 2024 - Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas Daerah Port Dickson Siri 1 Tahun 2024 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Port Dickson bermula jam 8.00 pagi. Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Sekreteriat Rakan Muda Kolej Uniti Port Dickson dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson.
Antara tujuan program senaman ini diadakan adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama warga emas dengan penggiat kecergasan komuniti dan memupuk semangat perpaduan berkaitan dengan warga emas. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program Senaman Warga Emas untuk siri 1 yang berlangsung pada pagi ini.
Semoga program seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan kecergasan dalam kalangan warga emas.
REMBAU, 16 September 2024 (Isnin) – Program Fit Komuniti @ Rembau 2024 Siri 8 pada kali ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai. Program Jiwa Komuniti Madani anjuran JPKK Pedas Gaing ini dimulakan dengan slot Senamrobik anjuran PBSD.Rembau dan diteruskan dengan slot kemerdekaan oleh Pejabat Perpaduan & Pejabat Penerangan Daerah Rembau.
Seramai 80 orang penduduk kampung & masyarakat setempat telah menyertai sesi Senamrobik pada kali ini.
Semoga melalui penganjuran program seperti ini dapat menggalakan gaya hidup sihat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
SENAMAN WARGA EMAS DAERAH KUALA PILAH SIRI 1 TAHUN 2024
Kuala Pilah , 17 September 2024 - Telah berlangsung program Senaman Warga Emas Daerah Kuala Pilah Siri 1 Tahun 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah bermula jam 5.30 petang bertemakan 'Baju Kurung Kedah'.
Antara tujuan program senaman ini diadakan adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama warga emas dengan penggiat kecergasan komuniti dan memupuk semangat perpaduan berkaitan dengan warga emas. Seramai 30 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program Senaman Warga Emas untuk siri 1 yang berlangsung pada petang ini.
Semoga program seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan kecergasan dalam kalangan warga emas.