PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 6)
TAMPIN, 28 Ogos 2024 (Rabu) – Diari Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Tampin Tahun 2024 menutup tirai seusai pelaksanaan siri ke 6 pada pagi tadi. Selaku penganjur program, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan penglibatan ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Tampin (PAWE) sepanjang pelaksanan kesemua aktiviti yang telah dirancang.
Program ini merupakan sebuah inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga emas. Seramai 65 orang peserta telah hadir menyertai aktiviti Senamrobik di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Tampin.
Turut hadir memeriahkan program, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Muhammad Shahrizan Bin Zakaria, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin, En. Shariman bin Ramly Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin.
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA (APBM) NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024
Seremban, 24 Ogos 2024 (Sabtu) Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Sembilan bersama Jabatan Belia Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) telah berjaya melaksanakan Program Ekplorace Belia Madani di bawah Program Khidmat Komuniti Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Sembilan Tahun 2024
Pn. Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Ekplorace Belia Madani seterusnya membuat penyampaian hadiah kepada pemenang. Turut hadir Pn. Umi Hani binti Abu Kassim Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Saudari Esther Ezhil Nanggai, Ahli Parlimen Belia Malaysia, Negeri Sembilan merangkap Pegawai Program dan En. Mohd Azwan bin Ramli Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Sembilan yang telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada PBDB dan barisan pemimpin guru yang sama-sama berkerjasama dalam menjayakan program ini.
semoga usaha seperti ini dapat diteruskan untuk pembangunan belia akar umbi khusunya di Negeri Sembilan ini.
REMBAU, 25 Ogos 2024 (Ahad) – Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Rembau 2024 Siri 5 yang diadakan di perkarangan Rembau Waterfront .Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Kecergasan Fit Aero.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat membudayakan sukan selain dari meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat.
Program Senamrobik Yang bertemakan Go Fit Ambang Merdeka ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan disertai hampir 40 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar dan ahli PERKEP dari IPD Rembau. Turut serta YBhg Pn. Noorazura bt Mohd Yasin, Pengerusi PERKEP Rembau dan ASP Nurzuliati bt Razali dari IPD Rembau.
Pejabat merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen semua pihak dalam menjayakan Fit Komuniti @ Rembau pada kali ini.
REMBAU, 25 Ogos 2024 (Ahad) – Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Rembau 2024 Siri 4 yang diadakan di perkarangan Dewan Komuniti, Taman Pinggiran Pedas.Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Rembau, Kolej Komuniti Rembau dan KRT Tmn.Pinggiran Pedas.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat membudayakan sukan selain dari meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat.
Program Senamrobik telah dimulakan seawal 7.45 pagi dengan disertai hampir 120 orang peserta terdiri dari penduduk taman, pelajar Kolej dan anggota dari IPD Rembau.
Pejabat merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen semua pihak dalam menjayakan Fit Komuniti @ Rembau pada kali ini.
SESI PERBINCANGAN HSN2024 PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH
KUALA PILAH, 22 Ogos 2024.
Satu perjumpaan dan perbincangan rasmi berkenaan Sambutan Hari Sukan Negara HSN2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah telah berlansung di Matrikulasi Negeri Sembilan diantara Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan iaitu Tuan Mohammad Ariffin bin Abd. Aziz, bersama En. Nor Azman bin Samid Ketua Bahagian Pengurusan Pelajar dengan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah En. Mohd Nizam bin Hj. Miun beserta En. Khushairi bin Zainal Unit Belia PBSD Kuala Pilah.
Buat julung kalinya pada tahun ini PBSD Kuala Pilah berhasrat untuk berkongsi kemeriahan Sambutan HSN2024 Peringkat Daerah Kuala Pilah bersama-sama warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, NGO's Sukan dan Belia serta semua lapisan masyarakat. Antara aktiviti yang akan dianjurkan nanti adalah Fun Walks, Senamrobik Warga Emas, Aerobic Challanges, Buskers, Persembahan Seni Bela Diri dengan diiringi Gendang seni silat Gayong dan banyak lagi.
Majlis Perasmian nanti akan disempurnakan oleh YB Dato' Haji Adnan bin Hj. Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah dengan diiringi Puan Pegawai Daerah, Pengarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta tetamu jemputan yang lain.
Seremban, 24 Ogos 2024 (Sabtu) - Telah dilaksanakan Program Fit Komuniti @ Seremban 2024, Sempena Sambutan Hari Merdeka bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sikamat.
Antara objektif program ini adalah mengeratkan perpanduan di antara masyarakat setempat yang berbilang kaum, agama dan bangsa dengan melakukan aktiviti sihat serta mengamalkan gaya hidup cegas.
Program dimeriakan lagi dengan penyertaan seramai 80 orang warga emas dan 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani.
Semoga program seumpama ini dapat melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) MENYANTUNI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024
Tampin, 23 Ogos 2024 (Jumaat) - Seramai 32 orang sukarelawan Kelab Rakan Muda Pekan Tampin telah menyertai aktiviti gotong royong di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Daerah Tampin. Aktiviti ini merupakan antara pengisian Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Tampin anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin dan Pejabat Kebajikan Masyarakat (PKMD) Daerah Tampin.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk menanamkan sifat sukarelawan, bekerjasama di dalam kumpulan, memupuk sifat-sifat positif dalam diri sekaligus merapatkan jurang golongan belia dengan komuniti setempat termasuklah menyantuni kanak-kanak.
Melalui program ini, belia juga mampu mempelajari serta memperoleh pengalaman secara 'hands on' menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program atau aktiviti kesukarelawan di peringkat akar umbi. Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah ceramah mengenai Kesedaran Hak Kanak-Kanak, lukisan mural, mengecat pintu, pagar dan buaian serta permainan dalaman seperti congkak, karom, jengga dan catur.
Program diserikan lagi dengan kehadiran En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir En. Zul Fadli bin Ahmad, Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Muhamad Shahrizan bin Zakaria, Penolong Pegawai PKMD Daerah Tampin, Tuan Haji Hishamuddin bin Md. Yusof, Pengerusi PAKK Daerah Tampin, En. Shariman bin, Ramly Timbalan Pengerusi MBD Tampin dan Tuan Haji Mohd Ikhwan bin Abdullah, Penasihat Kelab Rakan Muda Daerah Tampin.
24 Ogos - Mobilisasi Satria - Program Menyantuni Warga Emas telah diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas.
Antara aktiviti yang diadakan adalah senaman, melukis mural jalur gemilang, membuat kuih bulan, perlawanan ping pong, badminton dan dart.
Seramai 40 belia menyantuni 80 warga emas dalam program sehari ini.
Taklimat program telah diberikan oleh Puan Aziana binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan ucapan aluan daripada Mr Gan Chee Biow, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Sikamat. Program ini merupakan kerjasama Majlis Belia Daerah Seremban yang dihadiri oleh Pengerusi Majlis iaitu Encik Mustaza Mustafa . Turut hadir adalah Puan Mazila Mohd Abu pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban
Antara penglibatan belia adalah daripada Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani diiringi oleh Cikgu Nurul Amirah binti Noor Azli dan Cikgu Mohd Umarul Faruq bin Mohd Puad.
Terima kasih kepada Pusat Aktiviti Warga Emas Sikamat diatas kesudian menerima kunjungan SATRIA Rakan Muda.
Semoga program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang sangat baik kepada warga emas yang terlibat.
Program Mobilisasi SATRIA 2024 (Siri 2 : Menyantuni Kanak-kanak OKU) Peringkat Daerah Port Dickson
PORT DICKSON, 22 Ogos 2024 (Khamis), – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Seketariat Rakan Muda (SRM) Kolej UNITI Port Dickson telah menganjurkan Program Mobilisasi SATRIA 2024 (Siri 2 : Menyantuni Kanak-kanak OKU) Peringkat Daerah Port Dickson yang bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Cahaya Murni, Pasir Panjang, Port Dickson hari ini. Program ini turut dilaksanakan bersama rakan strategik PBSD Port Dickson iaitu Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Port Dickson.
Objektif utama Program SATRIA pada edisi kali ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada golongan belia untuk menyantuni golongan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak kurang upaya.
Seramai 71 org sukarelawan dari SRM Kolej UNITI Port Dickson telah hadir di PPDK Cahaya Murni, Pasir Panjang bagi merealisasikan objektif program ini bersama 25 orang pelatih dari PPDK Cahaya Murni, Pasir Panjang dan PPDK Cahaya Ihsan, Linggi. Program telah dimulakan dengan sesi suaikenal di antara sukarelawan bersama kanak-kanak OKU dan petugas PPDK. Acara diteruskan lagi dengan sesi taklimat berkaitan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disampaikan oleh Puan Elmy Yusrin binti Mohd Isa, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Daerah Port Dickson. Beliau telah menerangkan fungsi dan peranan PPDK untuk golongan OKU serta hak-hak keistimewaan golongan OKU dalam komuniti.
Seterusnya, sukarelawan dan kanak-kanak OKU dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti sukan rakyat. Acara sukan rakyat yang dilaksanakan ialah bola pingpong dalam sudu, boling kelapa, sepak bola, lari dalam kain batik dan Musang Berjanggut. Sukarelawan telah bersama-sama membantu para pelatih PPDK untuk menjayakan acara sukan rakyat ini.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Elmy Yusrin binti Mohd Isa, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson. Sijil penghargaan kepada rakan strategik PBSD Port Dickson telah disampaikan oleh Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Turut hadir bersama ialah Encik Abu Bakar bin Yusuf, Pengerusi JPKK Kampung Telok Pelanduk, Encik Syazwan bin Shaari, Penasihat SRM Kolej UNITI Port Dickson dan Encik Ibrahim bin Abd Talib, Pengerusi PPDK Cahaya Murni Pasir Panjang.
Semoga program ini dapat memberikan pendedahan dan kesedaran kepada sukarelawan SATRIA tentang kewujudan serta khidmat bakti yang boleh diberikan kepada golongan kurang upaya.