- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 178
PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN.
PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 2 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN.
SEREMBAN, 04 September 2024 (Rabu) - telah dilaksanakan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 2, 2024 bertempat di RNJ Swimming Academy Jalan Sri Pinang Seremban. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagia dalam sesi pada hari ini yang diantaranya berumur 6 tahun hingga 12 tahun.
Objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta teknik asas renang yang betul serta untuk mengurangkan indeks kes kematian akibat lemas di kalangan kanak-kanak.
Turut hadir memberi semangat kepada para peserta program KLAS Renang kali ini En.Muhammad Azhar Bin Rahim, Ketua Jurulatih Seremban, RNJ swimming Academy dan Pn.Nor Azlina binti Abdul Karim, Penolong Pegawai dan Sukan Daerah Seremban. Jutaan terima kasih pada ibubapa yang hadir serta komitmen yang tinggi dalam program renang yg julung kali diadakan ini.
Semoga program seumpama ini dapat dijalankan bagi mendidik lebih ramai anak-anak istimewa ini bagaimana cara menyelamatkan diri semasa berada di dalam air ketika kecemasan. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 178
