PROGRAM FIT KOMUNITI @ PORT DICKSON 2024 (SIRI 5)
Port Dickson,17 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Port Dickson 2024 (Siri 5) sempena Larian Minda Sihat Merdeka bertempat di Hospital Port Dickson. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Kelab KEFA Aerofit Sports Club dan Hospital Port Dickson. Program bermula jam 7.30 pagi dengan dihadiri oleh Dr. Mohd Zulfa bin Mohamad, Pengarah Hospital Port Dickson dan Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Program di bawah Fit Malaysia ini diadakan bagi mencapai objektif dan seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan masyarakat dengan aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam pembudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, pendakian, senaman dan aktiviti riadah.
Semoga penganjuran program seumpama ini mampu memberikan senaman yang terbaik kepada kesihatan jantung serta paru-paru di samping kesan positif bukan sahaja kepada fizikal malahan juga kepada minda.
Fit Malaysia.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 130
