JELEBU, 6 SEPTEMBER 2024 - Telah berlangsung Fit Komuniti @ Jelebu 2024 Siri 9 bertempat di Bukit Batu Sawa, Jelebu bersempena Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu dan Kelab Bolasepak JD United.
Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan (unity) rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina.
Seramai 45 orang peserta telah menyertai program kali ini. Turut hadir pada program kali ini adalah Dr. Muhammad Faiz Bin Ishak Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mohd Firdaus Bin Ismail Pegawai Epidemiologi II Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu, Puan Nor Umizah Binti Khairuddin Pegawai Rela Daerah Jelebu dan Encik Muhammad Ismail Bin Mohd Zohri Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu.
Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
PROGRAM RAKAN DIGITAL : KURSUS PENGEKODAN (SIRI 2) JOM BINA PLATFORM DENGAN GOOGLE SITE PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2024
REMBAU, 10 September 2024 – Program Rakan Digital : Kursus Pengekodan (Siri 2) Jom Bina Platform dengan Google Site Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong Negeri Sembilan.
Objektif Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pembinaan website dengan kemudahan Google Site yang turut boleh embed dengan code HTML yang bersesuaian dalam menghasilkan laman yang menarik dan berfungsi dengan jayanya. Seramai 40 orang peserta telah mengikuti kursus ini daripada pelbagai institut dan persatuan belia.
Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, turut hadir Encik Azharizal bin Santib Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Puan Fairuz binti Mohamad Nor Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, Encik Azizol bin Duralim sebagai penceramah daripada Kolej Komuniti Jempol, Puan Saeidah binti Md Kamil daripada Kolej Komuniti Rembau dan Puan Mesheta binti Mohd Noor daripada Kolej Komuniti Jempol.
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat yang berguna, menambah idea dan pengetahuan sedia ada peserta dalam pengurusan tugas harian dengan menggunakan platform Google Site atau boleh digunakan sebagai landing page untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Pusat Aktiviti Warga Emas Kg. Serting Ilir, Jempol
JEMPOL - Seramai 80 orang Sukarelawan Rakan Muda Daerah Jempol telah menyertai aktiviti gotong royong dan khidmat komuniti di Pusat Aktiviti Warga Emas Kg Serting Ilir, Jempol.
Aktiviti ini merupakan antara pengisian Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Menyantuni Warga Emas Peringkat Daerah Jempol anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Kolej Komuniti Jempol, Felcra Berhad Kawasan Serting, Persatuan Belia Felcra Bayai, MYHA Daerah Jempol, JPKK Kg. Serting Ilir dan Kelab Kecergasan Bahau.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (KBS) untuk menanamkan sifat sukarelawan, bekerjasama di dalam kumpulan, memupuk sifat-sifat positif dalam diri sekaligus merapatkan jurang golongan belia dengan komuniti setempat termasuklah menyantuni golongan warga emas.
Melalui program ini, belia juga mampu mempelajari serta memperoleh pengalaman secara 'hands on' menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program atau aktiviti kesukarelawan di peringkat akar umbi.
Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah Senamrobik bersama Kelab Kecergasan Bahau, Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas, aktiviti gotong-royong membersih kawasan & mengecat ruang pagar bangunan PAWE Jempol.
Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Hj. Shamsulkahar bin Hj. Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol merangkap Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA. Beliau turut menyertai sukarelawan mengecat pagar serta menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 30 orang warga emas di pusat berkenaan.
Turut hadir sama ialah Dr. Nor Rumaizah Binti Mohd Nordin, mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Jempol, Encik Mahadir Darahi, Pegawai Belia & Sukan Daerah Jempol, Puan Intan Norlaila bt Abd Rashid, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol, Encik Mohammad Haniff Hafizuddin, Pengurus Felcra Berhad Kawasan Serting, Encik Mohd Azhar bin Derasit, mewakili Pengarah Kolej Komuniti Jempol, Encik Mohd Nadzri bin Badoor, Pengerusi JPKK Kg Serting Ilir dan Encik Mohd Arif bin Yusoff, Pengerusi PAWE Jempol.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program SATRIA Menyantuni Warga Emas Daerah Jempol pada hari ini.
JELEBU, 9 SEPTEMBER - Telah berlangsung Program Senaman Warga Emas 2024 Peringkat Daerah Jelebu Siri 1 bertempat di Stadium Mini Kuala Klawang dengan kerjasama Persatuan Bekas Polis (M) Cawangan Jelebu dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Jelebu.
Program ini bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan
perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat / penggiat kecergasan komuniti di samping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Seramai 65 orang peserta telah mengambil bahagian pada program kali ini. Turut hadir adalah Yang Berhormat Dato’ Ir Haji Bakri Bin Sawir ADUN Klawang, Encik Amrin bin Abu Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu dan Puan Nurulhaizan Binti Abd Karim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu.
Program Senaman Warga Emas ini merupakan satu usaha kerajaan untuk mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan Warga Emas dan ia selari dengan hasrat YB Menteri Belia dan Sukan, yang ingin melihat masyarakat dalam kalangan warga emas juga mendapat kesaksamaan dan keadilan sosial melalui aktiviti senaman.
MOBILISASI SATRIA PROGRAM MENYANTUNI KANAK-KANAK 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
Seremban, 08 September 2024 (Ahad) - Telah dilaksanakan Mobilisasi (SATRIA) Program Menyantuni Kanak-kanak Peringkat Daerah Seremban bertempat di Tabika Kemas Kg.Paroi 1 & 2. Seramai 200 orang mengambil bahagian dalam pelbagai acaca sukaneka kali ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik, perarakkan maulidurasul, ceramah dan sukaneka.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En.Ahmad Shahir Bin Shapie, Penghulu Dun Paroi, hadir sama Pn. Azlinda Binti Abbas, Penolong Pegawai Komuniti & Kemahiran KEMAS Rembau, En.Amir Intizam Bin Othman, Pengerusi Tabika KEMAS Kg.Paroi 1&2 dan Pn.Aziana Binti Hizazi, Pegawai Belia dan Daerah Seremban.
Turut serta memberi sokongan kepada peserta dan sukarelawan ialah En.Mustaza Bin Mustafa Kamal, Pengerusi Majlis Belia Daerah Seremban, En.Zaharruddin Bin Abd Majid, Penasihat Persatuan Belia Dinamik Barat, Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Pn.Ainul Izzati Binti Mohamad Yusof, Guru Tabika Kemas Kg. Paroi 1&2.
Terima kasih di ucapkan kepada semua Sukarelawan yang telah membantu menjayakan Mobilisasi (SATRIA) Program Menyantuni Kanak-kanak 2024 Peringkat Daerah Seremban pada kali ini. Semoga program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang sangat baik kepada sukarelawan yang terlibat.
PORT DICKSON, 8 Sept 2024 - Telah berlansung Program Plogging Komuniti @ Port Dickson bertempat di Pantai Batu 1, Port Dickson sempena Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024.
Program ini bertujuan memupuk budaya murni dalam kalangan belia untuk menjaga alam sekitar terutama di kawasan pantai.
Plogging Komuniti yang berkonsep berjalan dan berjoging sambil mengutip sampah melibatkan penyertaan daripada Sekretariat Rakan Muda Kolej Uniti dilihat berjaya mencapai objektif dengan penglibatan seramai 38 orang.
Turut hadir ke program tersebut ialah Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Encik Shazwan Shaari, Penasihat Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kolej Uniti Port Dickson.
PORT DICKSON, 7 Sept 24 - Telah berlangsung meriah Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge (Road To HSN 2024) Edisi Ke-6 di PD Forset Sungai Menyala. Seramai 1,200 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai program sukan berlari (trail run) ini.
Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson serta pelbagai agensi di daerah Port Dickson.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat DUN Serting.
Hadir sama YB Datuk Faizal bin Ramli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Warisan, Teknologi, Inovasi, dan Digital Negeri, YB Dato' Hj Khidir bin Majid Pegawai Kewangan Negeri, YB Puan Nicole Tan Lee Koon Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, YB Tuan Yew Boon Lye ADUN Chuah, YB Dato Bakri bin Sawir ADUN Klawang, Puan Suhana binti Suratman Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Sembilan, Encik Ahmad Syariffudin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato Sabuddin Pengarah MSN Negeri Sembilan, Puan Nurhazelin binti Makli Pegawai Daerah Port Dickson merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge @ PD Forest Sungai Menyala 2024 serta ramai lagi ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah.
Trek larian sejauh 8km dengan keindahan hutan simpan di PD Forest Sungai Menyala disajikan buat peserta-peserta yang mengambil bahagian. Selain daripada itu aktiviti Senamrobik diadakan untuk sesi pemanasan badan sebelum memulakan larian.
Selepas Daerah Port Dickson, Siri Jelajah Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2024 yang selanjutnya ialah di Gunung Datok, Rembau pada 05 Oktober 2024 yang akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan diperingkat daerah dan juga petugas-petugas serta barisan urusetia yang banyak membantu bagi melaksanakan program ini dengan jayanya.
MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) : PROGRAM MENYANTUNI KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH REMBAU 2024
07 September 2024 | Sabtu
Rembau - Telah berlangsungnya program di bawah unit Pembangunan Rakan Muda iaitu Mobilisasi SATRIA Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Rembau 2024 bertempat di Rumah Kanak-Kanak Rembau dengan jumlah peserta dan sukarelawan seramai 100 orang telah menyertai program ini.
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau telah berkerjasama dengan Rumah Kanak-Kanak (RKK) Rembau untuk menjayakan program ini di mana penghuni di RKK ini yang secara keseluruhannya adalah pelajar perempuan dan tergolong dalam kumpulan belia berisiko yang berumur 13-18 tahun merupakan peserta untuk program kali ini. Turut menjayakan program pada hari ini adalah sukarelawan utama daripada Angkatan Belia MFLS Rembau dan Pertubuhan Belia Lubok China.
Program yang bermula pada jam 8:00 pagi ini, telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik terlebih dulu , sebelum diteruskan lagi dengan kemeriahan acara sukaneka buat pelajar-pelajar di sana. Pengisian program diteruskan lagi selepas rehat pada jam 10:30 pagi dengan sesi ceramah bertajuk 'Kepentingan Kebersihan Diri' yang telah disampaikan oleh Dr. Gomalah daripada Pejabat Kesihatan Daerah Rembau yang khusus buat para peserta tentang penting penjagaan diri dan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Program ini diakhiri dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh En Affendy Bin Mat Sani merangkap Pengetua Rumah Kanak-Kanak Rembau.
Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PBSD Rembau di atas kesudian menjalankan program di RKK dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Pihak PBSD Rembau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.
Diharapkan semangat sukarelawan yang tinggi dan nilai-nilai untuk terus menyantuni kanak-kanak dapat dipupuk dalam sanubari hati para sukarelawan dan menjadi ikutan para belia lain diluar sana.
JEMPOL - Seramai 100 orang Sukarelawan Rakan Muda Daerah Jempol telah menyertai aktiviti gotong royong dan khidmat komuniti di Tadika KEMAS Kg Jeram Panjang, Palong.
Aktiviti ini merupakan antara pengisian Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Daerah Jempol anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Pejabat Kemas Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Persatuan Belia Felcra Bayai, JPKK Kg. Jeram Panjang dan Komuniti Madani Felda Palong 7/8 & Jeram Panjang bersama para pelajar SMK Felda Palong 7.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (KBS) untuk menanamkan sifat sukarelawan, bekerjasama di dalam kumpulan, memupuk sifat-sifat positif dalam diri sekaligus merapatkan jurang golongan belia dengan komuniti setempat termasuklah menyantuni kanak-kanak.
Melalui program ini, belia juga mampu mempelajari serta memperoleh pengalaman secara 'hands on' menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program atau aktiviti kesukarelawan di peringkat akar umbi.
Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah Senamrobik bersama Kelab Kecergasan Bahau, Pertandingan Melukis, Taklimat & Kuiz oleh Unit Promosi Kesihatan Jempol, gotong-royong mengecat dinding, taman permainan dan buaian serta aktiviti menanam pokok pelbagai jenis sayuran disekitar Tadika bersama team Komuniti Madani.
Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Hj. Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong & ADUN Angkat DUN Serting. Beliau turut menyertai sukarelawan mengecat dinding dan menanam pokok serta menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak Tadika berkenaan.
Turut hadir sama ialah Dr. Azline Abdullah, Pegawai Kesihatan Daerah Jempol, Puan Hazwani Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Jempol, Puan Noorezrin Mahmod, Pegawai Penerangan Daerah Jempol, Encik Rizrikin Anuar, Pegawai Kemas Daerah Jempol, Encik Mohammad Haniff Hafizuddin, Pengurus Felcra Berhad Kawasan Serting, Encik Mahadir Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Encik Uyob Sani, Pengerusi JPKK Kg. Jeram Panjang dan Encik Yusoff Tagiri, Pengerusi Komuniti Madani Felda Palong 7/8 &. Jeram Panjang.
Majlis berakhir dengan edaran bendera jalur gemilang kepada para peserta oleh Pejabat Penerangan Daerah Jempol dan nyanyian lagu patrotik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 67.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program SATRIA Menyantuni Kanak-kanak Daerah Jempol hari ini.