MALAYSIA DAY NIGHT HALF MARATHON
SEREMBAN, 15 September 2024 (Ahad)- Malaysia Day Night Half Run Marathon telah diadakan di D'Tempat County Club Bandar Sri Sendayan. Larian ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang di sambut pada 16 September setiap tahun.
Seramai lebih kurang 7000 peserta telah mengambil bahagian dalam larian tersebut. Night Run Half Marathon ini merupakan yang pertama kali diadakan di Seremban dan melibatkan Kategori 21, 10 dan 5 kilometer. Larian Night Run Half Marathon pada kali ini juga turut menjemput peserta OKU yang terdiri dari atlet Para SUKMA Negeri Sembilan yang akan bertanding di Para SUKMA XXI Sarawak 2024 untuk bersama-sama berlari dengan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan VIP jemputan. Pihak Matrix juga telah menyampaikan sumbangan peralatan kepada atlet Para SUKMA Negeri Sembilan iaitu sebanyak 10 buah kerusi roda dan 2 set bola boling padang yang turut disaksikan oleh YAB Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Ahmad Shariffuddin bin Sarmin.
Majlis Perasmian Night Half Run Marathon ini telah disempurnakan YAB Menteri Besar Negeri, Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof serta tetamu jemputan khas yang lain.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 133
