PROGRAM FIT KOMUNITI @SEREMBAN 2024
Seremban ,22 Ogos 2024 (Khamis) - Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Seremban 2024, Sempena Sambutan Hari Merdeka bertempat di Sekolah Kebangsaan Paroi. Program ini merupakan Anjuran Sekolah Kebangsaan Paroi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pn. Zanariah Binti Gapri, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Paroi, Pn.Aziana Binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga program seumpama ini dapat melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 146
