JELEBU, 31 JULAI 2024 - Telah berlangsung Fit Komuniti @ Jelebu 2024 Siri 6 bertempat di Jeram Berungut, Taman Negeri Kenaboi dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara, Pejabat Perikanan Daerah Jelebu, AADK Daerah Jelebu,IPD Jelebu, Pencinta Alam Hikers dan Kelab Bolasepak JD United.
Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan (unity) rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina.
Seramai 40 orang peserta telah menyertai program kali ini. Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Perikanan kerana telah menyumbangkan 5000 ekor anak ikan untuk dilepaskan di Jeram Berungut. Turut hadir pada program hari ini adalah Yang Berhormat Dato’ Ir Haji Bakri Bin Sawir ADUN Klawang, Encik Rosdi Bin Pilus Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Azhar Bin Jusoh Ketua Perikanan Daerah Jelebu dan Tuan Mohammad Naqip Bin Abd Rahim Inspektor Cawangan Khas IPD Jelebu.
Semoga program sebegini dapat menarik minat masyarakat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
KURSUS KEMAHIRAN REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 2 ZON SELATAN
Telah berlangsung Kursus Kemahiran Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 2 Zon Selatan pada 21 - 28 Julai 2024 di Kem Pusako Hassan Basir, Batu kikir. Seramai 20 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.
Kursus tersebut bagi mencapai objektif dalam mewujudkan jumlah bilangan penggerak rekreasi luar yang aktif serta diiktiraf oleh pihak kerajaan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan iaitu Tn Abd Aziz Bin Abd Rahman. Turut sama hadir semasa majlis penutup iaitu En Rosdi Bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Semoga penganjuran kursus ini dapat menghasilkan lebih ramai penggerak rekreasi luar untuk masa akan datang.
PROGRAM FIT KOMUNITI @ DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 5)
TAMPIN, 28 Julai 2024 (Ahad) - Seawal jam 7.30 pagi tadi telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Daerah Tampin 2024 (Siri 5) bertempat di Perkarangan Pejabat Lama Setesen Keretapi Gemas. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Kelab Senamrobik Sihat Anggun dan KOSPEN KRT KTMB Gemas.
Program di bawah Fit Malaysia ini diadakan bagi mencapai objektif dan seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan masyarakat dengan aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam pembudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, pendakian, senaman dan aktiviti riadah.
Semoga penganjuran program seumpama ini mampu memberikan senaman yang terbaik kepada kesihatan jantung serta paru-paru di samping kesan positif bukan sahaja kepada fizikal malahan juga kepada minda.
TAKLIMAT PENGENALAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) SEMPENA PROGRAM SESI PENGENALAN KPDN KEPADA GOLONGAN BELIA 2024
26 Julai 2024 (Jumaat) Kuala Pilah - Telah berlangsung Taklimat Pengenalan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Kolej Yayasan Negeri Sembilan.
Program ini adalah anjuran KPDN dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah ,Majlis Belia India (MIYC) Cawangan Kuala Pilah dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan
Taklimat Pengenalan ARPRM ini telah disampaikan oleh En Zaharuddin Bin Abd Majid, selaku Pemimpin Anugerah Remaja Rakan Muda yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan ARPRM khususnya kepada para pelajar Kolej Yayasan Negeri Sembilan
Turut hadir En Nor Rashidi Bin Hj Ramdzan ,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah serta kakitangan En Safiuddin, HEP Kolej Yayasan Negeri Sembilan dan Puan Gayatri a/p Nathan, Pengerusi MIYC Cawangan serta ahli.
PORT DICKSON, 27 Julai 2024 (Sabtu)- Telah diadakan Program Fit Komuniti@Port Dickson 2024 bertempat di Dewan Kilat TNB, Port Dickson. Program kali ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofit Sport Club, Pejabat Penerangan Daerah PD dan Kelab Pelitawanis TNB Port Duckson
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Seramai 55 orang peserta dari komuniti masyarakat setempat telah mengambil bahagian dalam program kali ini.
Turut hadir memeriahkan program ialah Puan Azuraini binti Abd Majib, Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson, Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Puan Noormilah binti Abu Bakar, Presiden KEFA Aerofit Sport Club dan Puan Fadhilah binti Asrah, Pengerusi Pelitawanis TNB Port Dickson.
Semoga program seumpama ini dapat memupuk semangat kesukanan dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 3)
TAMPIN, 24 Julai 2024 (Rabu) - Awal pagi tadi diadakan Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Tampin 2024 (Siri 3) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Tampin (PAWE).
Program ini merupakan sebuah inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga emas. Seramai 51 orang peserta telah hadir menyertai aktiviti Senamrobik di Padang Serbaguna Tampin.
Turut hadir memeriahkan program, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin.
Port Dickson, 24 Julai 2024 - Tepat jam 8.00 pagi tadi telah berlangsung Fit Komuniti @ Port Dickson 2024 Siri 3 bertempat di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dengan penyertaan seramai 50 orang.
Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan (unity) rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina. Antara objektif program Fit Komuniti @ Port Dickson 2024 adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah.
Program ini yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson iaitu YDH DSP Muhamad Mustafah bin Hussin dan Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Semoga program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
JEMPOL - Telah berlangsung meriah Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge Edisi Ke-4 Bukit Penarikan, Jempol : Road to Hari Sukan Negara (HSN 2024). Seramai 1,200 orang peserta dari seluruh Malaysia telah menyertai program sukan mendaki ('hiking') ini.
Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri Sembilan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol serta pelbagai agensi di daerah Jempol.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat DUN Serting.
Hadir sama YB Tuan Teo Kok Seong, Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap ADUN Kawasan Bahau, YB Puan Nicole Tan Lee Koon, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap ADUN Kawasan Bukit Kepayang, YDH DCP Dato' Ahmad Zhaffir bin Mohd Yusoff, Ketua Polis Negeri Sembilan, Puan Suhana binti Suratman, Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Amino Agos bin Suyup, Pegawai Daerah Jempol merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge (Bukit Penarikan, Jempol) 2024 serta ramai lagi ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah.
Turut hadir menyertai program Pendakian 7 Wonders Challenge di Bukit Penarikan, Jempol kali ini ialah penampilan khas Ikon Sukan Mendaki Malaysia iaitu Saudara Ravichandran Tharumalingam atau lebih dikenali sebagai Ravi Everest. Beliau merupakan pendaki solo pertama negara yang berjaya menakluki puncak Everest pada tahun 2006. Malah tahun lalu, beliau mencipta satu kebanggaan buat negara apabila berjaya menakluk K2 yang menjadi puncak kedua tertinggi di dunia.
Pelbagai aktiviti diadakan sempena Program 7 Wonders Challenge Daerah Jempol ini antaranya Tayangan Siaran Langsung Istiadat Pertabalan YDP Agong Ke-17 dibawakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pameran agensi-agensi kerajaan & Persatuan ESports Negeri Sembilan, Jualan Rahmah KPDN Negeri Sembilan, Jualan Usahawan Risda dan Food Truck, Aerobic Fitness Challenge, Demontrasi Paragliding, Kibaran Bendera Besar Negeri Sembilan di Puncak Penarikan dan banyak lagi.
Selepas Daerah Jempol, Siri Jelajah Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2024 yang selanjutnya ialah di Bukit Batu Beras, Jelebu pada 10 Ogos 2024 yang akan datang.