MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH 2024
27 Jun 2024 (Khamis) Kuala Pilah - Telah berlangsung Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kuala Pilah 2024 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Majlis Belia Daerah Kuala Pilah
Majlis Perundingan Belia Negara bertindak sebagai platform bagi belia menyalurkan idea dan membincangkan isu dan dasar pembangunan belia di samping bagi mempertingkatkan pelaksanaan program pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia. Selain itu, MPBN juga bertujuan untuk membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia hingga ke peringkat akar umbi
Antara pengisian MPBN kali ini adalah Perbentangan Kertas Kerja bertajuk Perkhidmatan/Pembiayaan Belia oleh Pejabat RISDA Daerah Kuala Pilah
4 usul telah dikemukakan untuk dibahaskan Usul-usul tersebut adalah berkaitan dengan kluster pembangunan belia dan ekonomi. Agensi kerajaan yang berkaitan juga telah memberikan maklumbalas positif bagi setiap usul yang dicadangkan.
Persidangan MPBN ini telah dipengerusikan oleh Puan Nawal Binti Mohamad Amin Pegawai Daerah Kuala Pilah. Turut hadir En Rosdi Bin Pilus Penolong Pengarah JBS N.Sembilan,
En Nor Rashidi Bin Hj Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan En Nor Hizwan Asdy Bin Basri Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Pilah serta badan-badan gabungan.
Semoga melalui MPBN Daerah Kuala Pilah ini, dapat memperkukuhkan Struktur Majlis sebagai platform utama perundingan belia serta dapat memperluaskan jaringan kerjasama dengan agensi dalam pembangunan ekonomi belia di Kuala Pilah ini seterusmya mengembleng usaha bersama kerajaan ke arah agenda pembangunan nasional dan memartabatkan organisasi pertubuhan belia.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 128
