PROGRAM FIT KOMUNITI @SEREMBAN 2024
SEREMBAN, 22 Jun 2024 (Sabtu)- Telah diadakan Program Fit Komuniti@Seremban bertempat di Taman Tasik Seremban. Program kali ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara Cawangan Seremban 3.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Seramai 100 orang peserta termasuk masyarakat setempat telah mengambil bahagia dalam program kali ini.
Turut hadir memeriahkan program ialah En.Mohd Ikmal Bin Abd Halim, Penasihat Kelab Gerakan Pengguna Siswa, Universiti Teknologi Mara Cawangan Seremban 3 dan Pn.Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga program seumpama ini dapat melahirkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 161
