BANGI, 12 Julai 2024 - Sekalung tahniah diucapkan kepada lima orang warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBS Negeri Sembilan) hari ini telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang telah di sampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Majlis yang penuh gilang gemilang tersebut telah diadakan di Bangi Avenue Convention Centre.
Seramai 103 orang penerima anugerah yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menerima pengiktirafan dan penghargaan bagi pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2023.
Senarai penerima APC dari JBS Negeri Sembilan ialah Puan Nur Baawiah binti Omar, Puan Siti Suhana binti Mohd Daralsalam, Puan Ain ‘Anati binti Ali, Puan Nor Izami binti Abdul Aziz dan Encik Zulzaquan bin Zakaria.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.
Tahniah kepada semua penerima dan teruskan kecemerlangan di masa hadapan.
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 2)
TAMPIN, 10 Julai 2024 (Rabu) – Siri Kedua Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Tampin 2024 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Tampin (PAWE) pada pagi tadi berlangsung dalam suasana sangat meriah.
Seramai 28 orang peserta hadir seawal 7.30 pagi dengan pengisian aktiviti “aerobic chairs“ di kawasan lapang PAWE Tampin. Turut hadir memeriahkan program, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin.
PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 1)
TAMPIN, 3 Julai 2024 (Rabu) - Awal pagi tadi diadakan Program Senaman Warga Emas Peringkat Daerah Tampin 2024 (Siri 1) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Daerah Tampin (PAWE).
Program ini merupakan sebuah inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya warga emas. Seramai 30 orang peserta telah hadir menyertai aktiviti Fun Walk di Taman Rekreasi Tampin.
Turut hadir memeriahkan program, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Hjh. Maznah binti Abd Aziz, Pengerusi PAWE Daerah Tampin.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH REMBAU SESI 2024-2025
Rembau, 1 Julai 2024 – Yang Berusaha Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, Pegawai Daerah Rembau hadir bagi mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Rembau bagi sesi 2024 sehingga 2025. MPBN pada hari ini telah dilaksanakan mengikut perancangan iaitu bertindak sebagai sesi persidangan dan libat urus. Melalui medium ini, memberi peluang kepada golongan belia untuk memberi pandangan dan membincangkan isu-isu berhubung pembangunan dan keperluan belia di kalangan pemimpin pertubuhan belia di peringkat daerah.
Tuan Jufitri bin Joha, Profesor Adjung Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Ahli Lembaga Pengarah ADAB Youth Garage telah dilantik untuk membentangkan kertas kerja berkaitan pelaksanaan program dan aktiviti Y-HUB Negeri Sembilan. Manakala, Majlis Belia Daerah Rembau bersama Pertubuhan Tunggal (Kelab Belia Legasi Anak Rembau) membangkitkan beberapa usul iaitu berkaitan program dan aktiviti Rembau Youth Centre serta permasalahan dan cadangan bagi penyelesaian isu belia di daerah Rembau.
Turut hadir sama Encik Mohd Zul Fadli bin Ahmad, Pegawai Pembangunan Rakan Muda bersama Puan Nur Baawiah binti Omar, Bahagian Pembangunan belia daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, saudara Muhammad Faries Faizal bin Shamsul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau, Pegawai Khas Parlimen Rembau, Pegawai Khas DUN Chembong dan DUN Kota.
Diharapkan pelaksanaan majlis perundingan ini bertindak sebagai jalan penyelesaian yang terbaik kepada setiap isu yang dibangkitkan serta dapat mempertingkatkan hubungan dan jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau mengambil kesempatan ini bagi merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Jabatan dan agensi serta barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Daerah Rembau yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Rembau bagi sesi 2024-2025.
Diharapkan pelaksanaan majlis perundingan ini bertindak sebagai penyelesaian yang terbaik kepada setiap isu yang dibangkitkan serta dapat mempertingkatkan hubungan dan jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA 2024 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
SEREMBAN, 1 Julai 2024
Bilik Mesyuarat UTC Negeri Sembilan telah menjadi medan perbahasan diantara Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Seremban serta agensi-agensi yang berkaitan.
Sebanyak enam usul merangkumi Kluster Ekonomi Belia, Sukan dan Rekreasi serta Sosial dan Pendidikan telah menjadi perbahasan yang amat positif diantara belia dan agensi serta jabatan kerajaan berkaitan. Maklumbalas kedua pihak pada sesi persidangan telah mencapai banyak kesepakatan yang mantap dalam memuktamadkan penyelesaian dan pandangan.
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan satu platform golongan belia untuk menyalurkan idea, membincangkan isu dan dasar pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia. Selain sebagai meja perbincangan, MPBN juga bertindak sebagai badan tertinggi dalam menentukan dasar, strategi dan program pembangunan belia negara yang perlu diperjelas dan diiktiraf statusnya di semua peringkat dari akar umbi.
Persidangan telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Seremban, Tuan Mohamad Najib bin Mustafa. Turut hadir sama Pn. Junaine binti Muhamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, wakil Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Tuan Haji Norazam bin Hj Nayan, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Puan Sarimah @ Sarizah binti Sis, Ketua AADK Daerah Seremban, En. Ahmad Nazman bin Abd Malek, Pejabat MARA Daerah Seremban, Pn. Yasmin binti Md Rais, Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah Seremban, Pn. Aziana binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan En. Mustaza bin Mustafa Kamal, Pengerusi Majlis Belia Daerah Seremban. Persidangan ini juga turut di hadiri oleh barisan AJK Kerja MBD Seremban, beberapa orang mantan AJK Tertinggi MBD Seremban serta wakil daripada persatuan belia tunggal, Persatuan Belia Dinamik Barat.
Adalah menjadi harapan agar MPBN ini mampu memperkukuh dan mempertingkatkan lagi hubungan antara pertubuhan belia setempat dengan agensi kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
JEMPOL - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Tahun 2024 Peringkat Daerah Jempol anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan Majlis Belia Daerah Jempol telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Sebanyak lapan ( usul merangkumi Kluster Ekonomi Belia, Sukan dan Rekreasi serta Sosial dan Pendidikan telah menjadi perbahasan yang amat positif diantara belia dan agensi serta jabatan kerajaan berkaitan. Maklumbalas kedua pihak pada sesi persidangan telah mencapai banyak kesepakatan yang mantap dalam memuktamadkan penyelesaian dan pandangan.
Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan satu platform golongan belia untuk menyalurkan idea, membincangkan isu dan dasar pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia. Selain sebagai meja perbincangan, MPBN juga bertindak sebagai badan tertinggi dalam menentukan dasar, strategi dan program pembangunan belia negara yang perlu diperjelas dan diiktiraf statusnya di semua peringkat dari akar umbi.
Persidangan telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Jempol, Tuan Amino Agos bin Suyup. Turut hadir sama En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YDH DSP Norhisham bin Mustapar, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, En. Saibee bin Saleh, Pengarah Wilayah Felda Wilayah Raja Alias, Dr. Azline binti Abdillah, Pegawai Kesihatan Daerah Jempol, En. Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol dan En. Faizal bin Otthman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol.
Adalah menjadi harapan agar MPBN ini mampu memperkukuh dan mempertingkatkan lagi hubungan antara pertubuhan belia setempat dengan agensi kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.
PROGRAM FIT KOMUNITI @ DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 1)
TAMPIN, 29 Jun 2024 (Sabtu) - Seramai 1500 orang peserta hadir di Kompleks Arena Dataran Tampin bagi menyertai Program Fit Komuniti @ Daerah Tampin 2024 (Siri 1) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh.
Program di bawah Fit Malaysia ini diadakan bagi mencapai objektif dan seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan masyarakat dengan aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam pembudayaan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, pendakian, senaman dan aktiviti riadah.
Semoga penganjuran program seumpama ini mampu memberikan senaman yang terbaik kepada kesihatan jantung serta paru-paru di samping kesan positif bukan sahaja kepada fizikal malahan juga kepada minda.
FIT KOMUNITI @ JELEBU 2024 sempena KARNIVAL KOMUNITI MADANI PARLIMEN JELEBU
Telah berlangsung Fit Komuniti @ Jelebu 2024 Siri 3 bertempat di Dataran Pertang, Simpang Pertang sempena program Karnival Komuniti Madani Parlimen Jelebu 2024 yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Jelebu.
Program ini bertujuan memperkukuh perpaduan (unity) rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina.
Antara objektif program Fit Komuniti @ Jelebu 2024 adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat telah mengambil bahagian dalam program kali ini.
Program ini yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Haji Jalaluddin Bin Haji Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu, YB Dato’ Mohd Razi Bin Mohd Ali, ADUN Sungai Lui, Pengerusi-pengerusi Komuniti MADANI Kampung serta masyarakat setempat.
Semoga program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
PORT DICKSON, 29Jun 2024 - Telah diadakan Program Fit Komuniti@Port Dickson 2024 bertempat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Program kali ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofit Sport Club.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, hiking, senaman dan aktiviti riadah. Seramai 50 orang peserta dari komuniti masyarakat setempat telah mengambil bahagian dalam program kali ini.
Turut hadir memeriahkan program ialah Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Puan Noormilah binti Abu Bakar, Presiden KEFA Aerofit Sport Club.
Semoga program seumpama ini dapat memupuk semangat kesukanan dan melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.