- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 190
PERTANDINGAN PING PONG (BERPASUKAN) LIGA SUKAN KOMUNITI TAHUN 2024 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON
PERTANDINGAN PING PONG (BERPASUKAN) LIGA SUKAN KOMUNITI TAHUN 2024 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON
Port Dickson, 09 Jun 2024- Telah berlangsung Pertandingan Ping Pong (Berpasukan) Liga Sukan Komuniti Tahun 2024 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Politeknik, Port Dickson pada hari ini. Program dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama PD United Football Club dan Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson.
Pertandingan ini telah melibatkan peserta dari pelbagai peringkat umur bermula dari jam 9.00 pagi. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat membudayakan sukan selain dari meningkatkan keharmonian dan perpaduan dikalangan komuniti setempat. Selain itu ia boleh memberikan kesan-kesan positif seperti menggalakan masyarakat untuk membudayakan sukan, membendung gejala sosial, mencungkil bakat di peringkat akar umbi dan merealisasikan masyarakat yang cergas sihat dan bersatu.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Noorulhuda bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Zaini bin Kemon, Penyelaras Ping Pong Politeknik Port Dickson dan barisan teknikal serta urus setia yang terlibat dalam penganjuran program.
Pertandingan pada kali ini telah mengangkat Pasukan Politeknik PD sebagai Johan dan Pasukan SAINS PD sebagai Naib Johan. Tempat ketiga pula telah disandang oleh Pasukan Guardians.Tahniah dan syabas buat semua pemenang.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 190
