SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KUALA PILAH 2024
15 Mei 2023 (RABU) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kuala Pilah 2024 bertempat di Kolej Yayasan Negeri Sembilan , Kuala Pilah
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah bersama Majlis Belia Daerah Kuala Pilah dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pelaksanaan program ini adalah senamrobik, Ikrar Belia Malaysia, fun walk dan explorace yang telah disertai lebih 200 orang peserta
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Adnan Bin Hj Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah
Turut hadir bersama-sama Encik Nor Rashidi Bin Hj Ramdzan ,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Encik Mohd Asyraf Bin Amin, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Encik Nor Hizwan Asdy Bin Basri, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Pilah serta badan-badan gabungan.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemarakkan lagi suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara serta memperluaskan penglibatan belia hingga ke peringkat akar umbi
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 172





