MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ TAHUN 1445H / 2024M ?⚡
? 07 Februari 2024 | Rabu
? Kompleks Rakan Muda Jempol
JEMPOL - Seramai lebih 150 orang peserta telah menghadiri Majlis Sambutan Israk & Mikraj Tahun 1445H / 2024M bertempat di Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol pada malam tadi. Program ini anjuran Jawatankuasa Surau KRM Jempol dengan kerjasama Pejabat Baitulmal Daerah Jempol dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Tepat jam 7.30 malam semua jemputan dan peserta melakukan solat Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol merangkap Pengerusi Surau KRM Jempol.
Seterusnya Majlis diserikan lagi dengan Ceramah Agama Khas oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Hisham bin A. Hassan, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Jempol.
Turut hadir dalam program ini, Ustaz Ridzuan bin Mohd Said bersama mudir dan pelajar-pelajar dari Pusat Tahfiz Ulumul Quran Serting Tengah, Mudir dan pelajar Pusat Pengajian Ibnu Razak, Serting Ulu, para pegawai dan kakitangan PBSD Jempol, kakitangan Syarikat Kawalan Keselamatan, Syarikat Pembersihan dan Pengurusan Kafeteria serta seluruh warga kerja dan ahli keluarga KRM Jempol.
Selesai ceramah agama, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada tuan penceramah dan tetamu jemputan. Penyampaian sumbangan khairat kematian diserahkan kepada Encik Mahadir bin Darahi dan bantuan Kebajikan kesihatan kepada anak tukang Kebun iaitu Encik Mohd Fauzi bin Mohamad Shamsuri.
Selepas sesi bergambar dan Solat Isyak berjemaah semua peserta dan tetamu terus menikmati jamuan di kafeteria KRM Jempol.
Semoga dengan penganjuran Majlis Ceramah Agama kali ini dapat memberikan rasa keinsafan serta kecintaan kepada baginda SAW dalam kehidupan seharian masing-masing disamping menyemarakkan semangat kekeluargaan serta hubungan silaturahim antara Pengurusan PBSD Jempol dengan warga kerja KRM Jempol dan agensi-agensi yang ada di Daerah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
#TeamJBSNS
#PBSDJempol
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#fyp
JBS Negeri Sembilan JBSNegara @followers
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 148
