KEJOHANAN DART 1000 LIGA (SIRI 2) PERINGKAT DAERAH TAMPIN TAHUN 2023
TAMPIN, 8 Disember 2023 (Jumaat ) - Program 1000 Liga Peringkat Daerah Tampin Tahun 2023 melabuhkan tirai dengan penganjuran acara dart pada hari ini. Dewan Darul Falah PPD Tampin menjadi medan pertembungan peserta mempamerkan kesungguhan dan aksi tersendiri dalam merebut gelaran juara.
Kejohanan siri yang kedua ini berlangsung dangan jayanya hasil kolabrasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama En. Muhammad Azman bin Yeop Ali, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.
Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang.
KEJOHANAN CATUR 1000 LIGA (SIRI 2) 2023 DAERAH TAMPIN
GEMENCHEH, 7 Disember 2023 (Khamis) – Sesi Penyampian Hadiah Kejohanan Catur 1000 Liga (Siri 2) 2023 Daerah Tampin telah diadakan lewat tengahari tadi bersempena dengan Majlis Perasmian Penutupan Temasya Sukan SK Air Kuning Selatan. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama En. Abu Sufian bin Masri, Guru Besar SK Air Kuning Selatan. Turut hadir bersama ialah Pn. Sathiya, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, En. Azizul bin Mat Aris, YDP PIBG dan En. Rajamani a/l Manickam wakil Pengurus Besar Nam Bee Estate.
Kejohanan Tertutup peringkat sekolah berlangsung pada 5 Disember 2023 sementara bagi Siri 1 (Terbuka) telah diadakan pada hari sebelumnya. Kolabrasi penganjuran pertandingan catur Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan sekolah ini selama dua tahun membuahkan hasil yang amat membanggakan. Bakat dan potensi salah seorang murid perempuan dikenalpasti seterusnya berjaya mewakili Daerah Tampin ke Kejohanan MSSM Negeri Sembilan.
Pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbiran SK Air Kuning Selatan dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenangan.
PROGRAM PRO SKILL KOMUNIKASI@RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023
Paroi, 2 Disember 2023 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Pro Skill Komunikasi@Rakan Muda Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 bertempat di Ballroom, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Program ini merupakan satu inisiatif penyediaan ruang mengasah bakat anak muda bagi meningkatkan dan memantapkan kemahiran komunikasi khususnya pengucapan awam secara efektif dan berkesan. Secara ringkasnya, Pro Skil Komunikasi @ Rakan Muda adalah program “Panduan pengucapan awam berkarisma”.
Program ini melibatkan 32 orang peserta yang terdiri dari Universiti Islam Malaysia (USIM), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Kolej Tingkatan 6 Forest Height dan Politeknik Port Dickson. Program ini telah disempurkan oleh Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengrah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohd Hazan bin Hj Dahari, Penceramah bagi program ini serta Encik Mohd Zul Fadli Bin Ahmad, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Syabas kepada semua peserta yang telah berjaya dan semoga peluang yang disediakan ini dapat memberi suntikan semangat dan ilmu baru untuk digunakan di masa hadapan!
KEJOHANAN CATUR 1000 LIGA (SIRI 1) 2023 DAERAH TAMPIN
TAMPIN, 2 Disember 2023 (Sabtu) - Kejohanan Catur 1000 Liga (Siri 1) 2023 Daerah Tampin telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SK Air Kuning Selatan pada hari ini. Kolabrasi Pejabat Belia Sukan Daerah Tampin bersama SK Air Kuning Selatan, Gemencheh ini diteruskan hasil kejayaan penganjuran pada tahun lepas.
Seramai 80 penyertaan melibatkan dua kategori utama iaitu sekolah rendah dan menengah bukan sahaja menarik minat peserta di sekitar daerah ini, malahan telah meraih sambutan dari negeri luar seperti Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama En. Abu Sufian bin Masri, Guru Besar SK Air Kuning Selatan.
Pejabat ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga pelaksanaan bagi Siri 2 pada hari esok berlangsung dengan lancar dan cemerlang.
PROGRAM 1000 LIGA (CATUR) PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2023 ?⚡
? 2 Disember 2023 (Sabtu)
? Baazar MARA Bahau
JEMPOL - Program 1000 Liga (Catur) 2023 Peringkat Daerah Jempol telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan peringkat umur.
Sukan catur ini berlangsung dalam suasana agak riuh kerana keterujaan sebilangan peserta yang bermain buat kali pertama. Para pemenang membawa pulang wang tunai berserta sijil penyertaan KBS.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama Dr. Aimi, Presiden Dr Chess Club, Bahau. Hadir sama ialah En. Muhammad Syahir bin Mohd Sabri, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut hadir memberikan sokongan kepada anak mereka menyertai kejohanan ini.
PROGRAM LARIAN 'BUKIT BERUANG CHALLENGE 2023' PERINGKAT DAERAH JEMPOL ?⚡
?️ 2 Disember 2023 (Sabtu)
? Padang Awam, Kg. Serting Ulu
JEMPOL - Telah berlangsung Program Larian' Bukit Beruang Challenge 2023' Peringkat Daerah Jempol hari ini bermula di Padang Awam Kg. Serting Ulu dan berakhir di puncak Bukit Beruang dengan laluan sepanjang 5.5 km.
Larian 'Bukit Beruang Challenge 2023' ini anjuran Pejabat YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Belia Felcra Bayai dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol serta dibantu pelbagai agensi di daerah ini termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, Felcra Berhad, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol/Jelebu, MRSM Serting, IPD Jempol, Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Berhulu Camp dan banyak lagi.
Seramai lebih 500 orang telah menyertai program larian ini. Sebanyak 4 kategori dipertandingkan iaitu Bawah 18 tahun Lelaki & Wanita dan Kategori Terbuka Lelaki & Wanita. Hadiah tunai bagi setiap kategori ialah Johan RM200, Naib Johan RM150, Ketiga RM100, Keempat RM80 dan Kelima RM50. 200 peserta terawal juga telah menerima medal dan sijil penyertaan turut diberikan kepada semua peserta.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan menamatkan larian di puncak Bukit Beruang.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama ialah Encik Muhammad Faiz bin Mohd Azri, Penolong Pegawai Daerah Jempol, Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Abdul Halim bin Abdullah, Ketua Unit Pembangunan Peserta Felcra Wilayah Tengah dan Encik Mohd Nazri bin Rosli, Pengarah Program mewakili Persatuan Belia Felcra Bayai.
Jutaan terima kasih kepada agensi dan semua pihak yang telah terlibat sama dalam menjayakan program larian ini. Semoga program ini dapat diteruskan dan akan menjadi acara sukan pelancongan Daerah Jempol pada masa akan datang.
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA DAN PELEPASAN ATLET NEGERI SEMBILAN KE SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA SOPMA XXI.
SEREMBAN, 1 Disember 2023- Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi telah berlansung majlis penyerahan bendera dan pelepasan atlet kontinjen Negeri Sembilan ke Sukan Orang Pekak Malaysia SOPMA XXI.
Kontinjen Negeri Sembilan disertai seramai 44 orang atlet yang terlibat dalam beberapa jenis sukan seperti bola sepak, badminton, futsall dan tenpin bowling.
Majlis pelepasan dan penyerahan bendera telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Mustafa bin Nagor, merangkap Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Sharul Anuar bin Mamat Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan dan Encik Shahrizal bin Ramli Pegawai Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Selamat berjuang kepada semua atlet yang terlibat.
KEJOHANAN BOLA KERANJANG REMAJA LELAKI DAN PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2023
TAMPIN, 26 November 2023 (Ahad) – Kejohanan Bola Keranjang Remaja Lelaki dan Perempuan Bawah 15 Tahun 2023 melabuhkan tirai seusai pertandingan akhir pada jam 10.45 malam hari ini.
Program di bawah suntikan Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan ini berlangsung di SRJK (C) Pay Chee, Pulau Sebang selama tiga hari mulai 24 - 26 November 2023 merupakan anjuran Persatuan Bola Keranjang Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin melibatkan pasukan - pasukan pembangunan dari Negeri Sembilan dan Melaka.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama En. Lee Sin Lian, Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Daerah Tampin.
Tahniah di ucapkan kepada para pemenang
MAJLIS PENUTUP PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ INSPIRE EKSPLORASI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023.
Alor Gajah, Melaka 22 November 2023- Bertempat di Kem Permata Resort Alor Gajah, Melaka telah berlansung majlis penutup bagi program Malaysia Aktif @ Inspire Eksplorasi Peringkat Negeri Sembilan 2023.
Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam yang melibatkan pelajar-pelajar PPKI seramai 37 orang dari 3 buah sekolah iaitu SMK Bukit Kepayang, SMK Mambau dan SMK Seremban 2. Program ini adalah merupakan program rekreasi kepada peserta OKU bagi memberi pengalaman dan peluang merasai aktiviti rekreasi disamping memberikan semangat dalam menempuh cabaran yang akan datang. Aktiviti- aktiviti yang disertai oleh peserta adalah seperti flying fox, rentas halangan, ikatan, pertolongan cemas, berakit dan water confident.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, dan turut hadir sama adalah Encik Muharam bin Zainuddin GPK Koko dari SMK Seremban 2, Encik Saiful Bahri bin Kamarulzaman dari Cawangan Pembangunan Sukan OKU KBS, guru pengiring dari sekolah yang terlibat, jurulatih dan urusetia dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.