Rembau, 25 Oktober 2023 -
Program Rakan Mahir: Skills For Life Tahun 2023 (Kelas Asas Bahasa) telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong hari ini.
Kepentingan kepelbagaian bahasa tidak dapat dipertikaikan walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Lantaran itu, suatu inisiatif telah diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan mengadakan Kelas Asas Bahasa Inggeris.
Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam urusan kehidupan seharian dalam pembelajaran mahupun berkomunikasi.
Program kali ini disertai 200 pelajar yang berusia lingkungan umur 18 tahun hingga 20 tahun yang terdiri dari pelbagai jurusan di Institusi ini.
Pelaksanaan program ini mendapat kerjasama yang baik dari Cawangan Pengurusan Pelajar IKTBN Chembong dan Englishpedia Malaysia.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan peluang ini dalam membantu mereka menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 107
