Port Dickson, 28 Oktober 2023 -
Telah berlangsung Program Rakan Refleksi: Refleksi Rakan Muda di Kolej Uniti Port Dickson.
Refleksi Rakan Muda merupakan program khusus sebagai inisiatif membina semangat jati diri dan bijak menguruskan emosi kepada golongan belia khususnya yang sedang berada di bangku sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Ia merupakan program sehari dalam bentuk informatif secara santai serta interaktif dan dilaksanakan di peringkat negeri dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan pengurusan emosi dan tekanan, iaitu Social Community Programs Urban Society Malaysia (Scopurs) dan Kolej Uniti Port Dickson.
Program yang disertai seramai 142 orang pelajar ini diadakan bertujuan untuk menambah keyakinan diri golongan belia dalam menghadapi setiap cabaran hidup, mendidik golongan belia supaya lebih bersedia, berdaya tahan, tabah dan bijak menguruskan tekanan hidup serta memiliki kemahiran insaniah.
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan peluang ini dalam memberi suntikan motivasi untuk membina keyakinan diri.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 117
