JEMPOL, 18 Oktober 2023 - Program Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang - Fasa 2, Siri 1 bertempat di RNJ Swimming Academy Bahau, Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya dilaksanakan sebanyak 6 sesi latihan yang telah bermula pada 9 Oktober 2023 dan berakhir hari ini.
Seramai 40 orang peserta telah menyertai KLAS Renang Siri 1 ini dikalangan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.
Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan asas berenang kepada kanak-kanak yang terlibat.
Pada sesi latihan terakhir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Encik Mahadir Darahi telah hadir bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada jurulatih renang dari MASWIM.
Terima kasih kepada jurulatih yang terlibat sepanjang latihan renang ini iaitu Coach Anas, Coach Liew Yi Xuen dan Coach Lim Siew Chen. Siri seterusnya akan dimaklumkan kemudian.
JEMPOL,18 Oktober 2023 - Telah berlangsung Program Rakan Muda Prihatin : Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2/2023 Peringkat Daerah Jempol bertempat di Madrasah Tahfiz Ulumul Quran Serting Tengah hari ini. Aktiviti gotong-royong tersebut telah bermula seawal jam 9 pagi dan selesai kira-kira jam 12 tengahari.
Program tersebut diketuai oleh Ustaz Ridzuan bin Mohd Said, Mudir Madrasah Tahfiz Ulumul Quran Serting Tengah. Seramai 30 orang sukarelaawan di kalangan pelajar dan kakitangan pusat tahfiz tersebut.
Kerja-kerja pembersihan melibatkan kawasan sekitar bangunan asrama, tandas serta bilik pengajian telah dilakukan bagi memberi keselesaan kepada penghuni pusat tahfiz secara tidak langsung dapat memupuk budaya sihat serta meningkatkan semangat jati diri dan nilai murni yang baik.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak daripada pengurusan pusat tahfiz tersebut atas kerjasama bagi menjayakan program sukarelaawan ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Seremban, 14 Oktober 2023 -Pertandingan 1000 Liga Dart Peringkat Daerah Seremban telah berlangsung dengan meriah dengan
seramai 52 peserta telah bertanding dalam pertandingan dart Siri 1 ini. Terima kasih kepada AQUATIC DARTS CLUB (ADC) selaku rakan strategik 1000Liga 2023.
Keputusan penuh kejohanan dart perseorangan 1000 liga Peringkat Daerah Seremban.
Johan :- KAY DADDY COOL
N.johan:- DZ
Ke 3/4:- RIZZ / KING DADDY COOL
Ke 5/8:- FUAD LC / ARIN JAINS / PARAM SUK /MUS
Ke 9/16:- BET / WAN ZZ / ANGAH JDARTERS/BAHA / ACHONG DADDY COOL / DIKA / ZAHRI JDARTERS / MIRUL
Tahniah pada semua pemenang dan terima kasih pada semua peserta. Rata-rata peserta sangat teruja kerana berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh KBS. Semoga anjuran pertandingan seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Kuala Pilah, 14 Oktober 2023- Bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 pada tahun ini. Dataran Kompleks Rakan Muda telah dipenuhi oleh 2,641 para pengunjung dan pencinta sukan dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli telah bersama-sama menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancang sejak sebulan yang lalu.
YB Dato’ Haji Adnan bin Hj. Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah telah berkesempatan merasmikan HSN 2023 Kuala Pilah pada kali ini. Beliau telah memotong riben untuk menurunkan bunting dan melepaskan belon ke udara, sebagai gimik perasmian kali ini. Sebelum itu YB Dato telah diiringi oleh sekumpulan kenderaan kawalan jauh 4x4 sehingga ke pentas utama oleh Pasukan Pelangai Krawler Team, ini merupakan julung-julung kali YB Dato diiringi oleh sekumpulan kenderaan 4x4 kawalan jauh tersebut.
Seterusnya beliau merasmikan majlis yang sangat meriah ini. YB Dato juga telah diiringi oleh pemimpin-peminpin dari Daerah Kuala Pilah antaranya YB Tuan Hj. Saiful Yazan bin Sulaiman ADUN Johol, Wakil-wakil DUN Pilah, Juasseh, Seri Menanti dan Senaling. Turut Hadir menjayakan majlis ini adalah Timbalan Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Pilah, wakil PPD Kuala Pilah dan En. Nor Rashidi bin Hj. Ramdzan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah serta Pegawai-pegawai agensi kerajaan yang lain.
Pelbagai aktiviti telah berjaya dianjurkan pada sambutan ini, pertama sekali para pengunjung telah dibawa untuk memanaskan badan dengan Senamrobik Perdana selama 30 minit dengan diiringi muzik yang sangat bertenaga ditambah pula dengan kehebatan insturktor berpengalaman dalam bidang senamrobik Daerah Kuala Pilah. Tepat jam 8:00 pagi YB Dato Hj. Adnan bin Hj. Abu Hassan telah diundang naik ke Pentas Utama untuk merakamkan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan. Sebelum itu, YBhg. Ustaz Arifuddin bin Bakri Pegawai MAINS telah pun mengetuai Bacaan Doa bagi memberkati majlis tahun ini, sambil di aamiinkan oleh seramai 2,641 pengunjung yang berada di sekitar Dataran KRM Kuala PIlah. YB Dato’ juga telah berkesempatan melepaskan seramai 500 orang peserta FUN WALK 3 KM.
Kemudiannya YB Dato’ telah dibawa ke semua venue acara yang telah dijalankan serentak. Antara aktiviti pada tahun ini adalah Pertandingan Kabbadi Wanita Tertutup Kuala Pilah yang dianjurkan oleh Persatuan Kabbadi Kuala Pilah, E-Sports, Latihan Pembangunan Bolasepak Akar Umbi Kuala Pilah oleh Persatuan Pengadil Daerah Kuala Pilah, Mari Mencuba Crawler 4x4 RC oleh Pelangai Krawler Team, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Bersama Keluarga Tabika KEMAS DUN Pilah, Kejohanan 1000 Liga Silat Olahraga, Kejohanan 1000 Liga Taekwando Speed Kicking, Pertandingan Dart, Sepak Raga Bulatan oleh Persatuan Sepak Takraw Daerah Kuala Pilah, Kejohanan Ping Pong Bergu Lelaki, Pilah Fitness Challenge dikendalikan oleh Persatuan Kecergasan Kuala Pilah bersama Fit4KP, Busking oleh Simple Project, Pameran oleh 18 Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta telah bersama-sama menjayakan program ini, Sports Massage oleh IKBN Kuala Langat serta 16 pengusaha jualan makanan dan minuman telah mengambil bahagian.
Pihak Seketeriat Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 Peringkat Daerah Kuala Pilah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Kuala Pilah tahun ini terutamanya Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala PIlah, Pejabat Parlimen Kuala Pilah, Pejabat DUN Johol, Pejabat DUN Seri Menanti, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, Pejabat Kesihatan Kuala Pilah, HTAN Kuala Pilah, Pejabat Pergigian Kuala Pilah, semua sekolah di Daerah Kuala Pilah, KV Juasseh, Kolej Yayasan Negeri Sembilan Gentam, Kolej Jururawat Kuala Pilah, Persatuan-persatuan sukan, GIANT Kuala Pilah, Marry Brown Kuala Pilah, ngo - ngo dan semua yang terlibat.
REMBAU, 14.10.2023- Telah berlangsung Hari Sukan Negara Tahun 2023 Peringkat Daerah Rembau bertempat di Kompleks Sukan Sungai Layang, Rembau pada hari ini.
Antara Pengisian program sepanjang program berlangsung adalah Senamrobik, aerobicthon, Fun Walk, Fun Ride, pertandingan futsal, pertandingan E-sport FIFA23,pertandingan mini muaythai dan taekwando, sukaneka kanak-kanak KEMAS,sukan rakyat, Kejohanan Petanque 1000 Liga Siri 1, mari mencuba petanque oleh YB dan ketua jabatan, cabutan bertuah, Pameran Agensi kerajaan dan swasta, Jualan Nismilan Prihatin, jualan KPDNKK, jualan FAMA serta Gerai Jualan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Suhaimi bin Aini Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota. Turut hadir dalam majlis ini ialah ASP Ridzual Nizam bin Zakaria, Ketua Caw. Khas Daerah, IPD Rembau, Penghulu Rohaizam bin Abdullah, wakil DO Rembau, Inspektor Ramlah, Ketua Balai Polis Pekan Rembau, SM Shawwal,Timb.Ketua Balai Polis Pekan Kota, Pn.Mariawaty bt Mohd Din, Pegawai Perpaduan Daerah Rembau, En.Muhammad Izzudin, Pegawai FAMA Rembau, En.Mohd Redzuan b. Abdul Karim, Pegawai KPDNKK N.Sembilan, Pn. Nur Azizah bt Liman, Pegawai Pertanian Rembau, Pn.Rohana dr KEMAS Rembau, Pn.Malini, Pegawai Penerangan Rembau, En.Ikram dr iLead Ulu Sepri, En. Faiq dari Cawangan sukan UiTM Kampus Rembau, Datuk Mohd Yusof dr MYA, En.Ibrahim KRT Taman Sri Layang Jaya, MPKK sekitar Dun Kota, Ketua Cawangan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Pemimpin serta penggiat sukan serta Persatuan Belia Daerah Rembau.
Bagi melaksanakan semua aktiviti ini, PBSD Rembau telah dibantu olah rakan strategik daripada IPD Rembau, IKTBN Chembong, RELA , SW Corp, Pejabat Penerangan Rembau, Pejabat Pertanian Rembau, Pejabat FAMA Rembau, AIM Rembau, MDR, Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero, Kelab Bullet Muaythai, Ghombau Cycling Club, Persatuan E-Sport Negeri Sembilan, Unit Sukan UiTM Cawangan Rembau, dan KEMAS.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi-agensi dan badan NGO's dan penggiat-penggiat sukan Daerah Rembau yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukan Negara Tahun 2023 Peringkat Daerah Rembau ini berjalan dengan lancar. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa akan datang dalam usaha untuk membangunkan sukan serta melahirkan masyarakat bersukan di peringkat akar umbi.
JEMPOL, 14 Oktober 2023 - Kompleks Rakan Muda Jempol menjadi venue utama bagi majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Peringkat Daerah Jempol yang telah dirasmikan oleh Encik Rosdi Bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan yang mewakili YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Seramai 1500 orang termasuk tetamu jemputan, peserta, urusetia, teknikal dan pengunjung telah memeriahkan majlis sambutan ini yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Jempol. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan adalah Aerojamming HSN2023, Crossfit Challenge, Kejohanan Futsal HSN2023, Kejohanan Silat 1000 Liga, Kejohanan Taekwando 1000 Liga, Klinik Bola Sepak Akademi Tunas (AT) Jempol, Bengkel Servis Motosikal, Cabutan Bertuah, Soopa Doopa, Fishing Games dan banyak lagi.
Sambutan yang berlangsung ini anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Kelab Kecergsan Bahau dan agensi-agensi kerajaan daerah Jempol seperti Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Kelab Gimnasium Rakyat Jempol dan lain-lain agensi.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Mohd Faiz Bin Mohd Azri, Penolong Pegawai Daerah Jempol mewakili Puan Pegawai Daerah Jempol, Inspektor Khairul Bin Miron mewakili OCPD Jempol, Encik Safbaryzal Bin Abd Manaf Pegawai Khas YB Exco Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan, Puan Rusnani Binti Hamzah Pengerusi Kelab Kecergasan Bahau, Encik Mahadir Bin Darahi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol , ketua-ketua dan wakil ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat setempat.
Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat Malaysia Madani yang sentiasa sihat, aktif dan cergas dalam pembabitan aktiviti-aktiviti sukan.
Jelebu , 14 Oktober 2023 - Telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Jelebu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj Kuala Klawang. Sambutan pada kali ini dianjurkan bersama Kelab Gimnasium Rakyat Jelebu dengan sokongan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Dan Jelebu.
Antara objektif program yang ingin ditekankan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif serta memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Hari Sukan Negara juga dapat menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan serta meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
Pelepasan Acara Fun Run 4 kilometer telah disempurnakan oleh YB. IR Bakri Bin Sawir Ahli Undangan Negeri Kawasan Klawang dengan penglibatan pelajar sekolah dah penduduk sekitar Kuala Klawang. Pelepasan acara ini telah disempurnakan seawal 7.30 pagi.
Di antara pengisian acara dan aktiviti yang menarik sepanjang program berlangsung ialah, Fun Run, Kejohanan E-Sports FIFA & Tekken, Senamrobik, Pertandingan Pasang & Menang Basikal, Amazing Fit Race, Pertandingan Bola Jaring 3x3, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Bola Tampar, Pertandingan Sepakan Penalti, Pameran Motorsikal Berkuasa Tinggi, Klinik Muay Thai, Pertandingan Petanque, Pertandingan Memanah, Pameran Agensi serta booth- booth jualan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Razi Bin Mohd Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lui. Turut hadir bersama Tn. Hj Aminuddin bin Mohd Rashid Timbalan Pendidikan Sektor Pembangunan Murid PPD Jempol dan Jelebu, Tn. Norazman Mohd Amin Pengetua SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj, Pn. Nurulhaizan Binti Abd Karim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu dan Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Jelebu En. Mohd Noorkhairizam B Mohd Yusof serta ketua- ketua Jabatan Daerah Jelebu. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, semua agensi kerajaan, badan-badan NGO Belia Dan Sukan, penduduk di sekitar Kuala Klawang kerana hadir bersama dalam menjayakan program ini.
Diharap semoga program yang dianjurkan ini dapat diteruskan di masa yang akan datang. Majulah sukan untuk negara.
Tampin, 14 Oktober 2023 – Siri akhir Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Daerah Tampin 2023 diteruskan lagi hari ini dengan menjadi nadi sokongan pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Tampin.
SMK Tunku Besar Tampin dan SAC College masing-masing menghantar 20 peserta bagi membantu kelancaran pengurusan program dan aktiviti sepanjang hari sambutan ini. Penugasan dalam aktiviti Fun Walk HSN2023, Fun Ride HSN2023 dan Mari Mencuba Tree Climbing mungkin akan menjadi pengalaman baru yang amat berharga kepada para sukarelawan.
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Tampin telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam Bin Hj. Mohd Isa Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir dalam majlis ini adalah Puan Siti Shafura binti Zamani, Penolong Pegawai Daerah Tampin, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Ustaz Ahmad Hilal bin Kasim, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin, En Muhammad Azman bin Yeop Ali Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Puan Noraziah binti Baharuddin wakil Pengetua SMK Tunku Besar Tampin, Tuan Hj. Mohd Hanafi bin Hj Deris, Guru Besar SK Tunku Besar Tampin, Puan Zuraina binti Nordin, Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh, ketua-ketua dan wakil ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program pada kali ini. Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.
TAMPIN, 14 Oktober 2023 - Hari Sukan Negara merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan bagi merealisasikan hasrat dan inspirasi kerajaan dalam menggalak dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan dan beriadah serta menjadikannya sebagai satu rutin dalam kehidupan seharian. Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat Malaysia Madani yang sentiasa sihat, aktif dan cergas.
Siang tadi, dianggarkan seramai 3200 orang termasuk tetamu jemputan, peserta, urusetia, pegawai teknikal, sukarelawan dan pengunjung telah memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Tampin. Kompleks Arena Dataran Tampin menjadi venue utama bagi aktiviti Fun Walk HSN2023, Fun Ride HSN2023, W-Fit @ Community, Kejohanan Sepak Takraw Piala Ahli Parlimen Tampin, Sukan Rakyat HSN2023, Mari Mencuba Tree Climbing dan RC Crawler. Selain itu, Padang Bola Sepak SK Tunku Besar Tampin dan Stadium Tampin menjadi venue ‘paling gamat’ apabila menjadi medan pertembungan 74 pasukan dalam Kejohanan Bolasepak Grasroots 9’S Jelajah R2FC (U8 / U10 / U12). Kehadiran pemain cilik yang berbakat besar dan pelbagai ragam di samping sokongan ibubapa semestinya telah meninggalkan impak dan maklumbalas yang positif bagi penganjuran julung kalinya ini. Sementara di Padang Serba Guna Taman Rekreasi Tampin pula menghimpunkan lebih daripada 100 peserta bagi Kejohanan Memanah 1000 Liga Peringkat Daerah Tampin Siri I dan II melibatkan Kategori Asas Mula Bawah 12 Tahun (10 meter) dan Terbuka Bawah 12 Tahun (15 meter dan 20 meter)
.
Sambutan yang akan berlangsung selama 2 hari ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Pejabat Agama Islam Daerah Tampin dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin. Pada hari esok bakal berlangsungnya Kejohanan Ping Pong HSN2023 dan Kejohanan Bola Keranjang 3x3 HSN2023 di dua lagi venue yang berbeza.
“Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya pihak Majlis Daerah Tampin atas kebenaran dan penyediaan kemudahan. Terim kasih juga kepada Guru Besar SK Tunku Besar Tampin yang menghantar penyertaan serta memberi kebenaran menggunakan padang sekolah. Disamping itu, kepada Tuan Pengetua SMK Tunku Besar Tampin dan SAC College yang bukan sahaja Sukarelawan SATRIA tetapi juga telah menghantar penyertaan. Tidak lupa juga kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba Tampin, Angkatan Pertahanan Malaysia Daerah Tampin dan RELA Daerah Tampin, Pejabat Penerangan Daerah Tampin yang sentiasa membantu bagi memastikan keselamatan, keharmonian dan perkhidmatan sokongan sepanjang sambutan ini diadakan. Begitu juga dengan semua persatuan sukan di daerah ini yang bersama-sama memberikan komitmen penuh dalam pengendalian acara dan aktiviti pada hari ini dan esok,” kata YB Dato’ Mohd Isam Bin Hj. Mohd Isa Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin semasa dalam ucapan pelancaran.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Puan Siti Shafura binti Zamani, Penolong Pegawai Daerah Tampin, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Ustaz Ahmad Hilal bin Kasim, Pegawai Agama Islam Daerah Tampin, En Muhammad Azman bin Yeop Ali Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Puan Noraziah binti Baharuddin wakil Pengetua SMK Tunku Besar Tampin, Tuan Hj. Mohd Hanafi bin Hj Deris, Guru Besar SK Tunku Besar Tampin, Puan Zuraina binti Nordin, Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh, ketua-ketua dan wakil ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat setempat.