PERTANDINGAN PING PONG 1000 LIGA SIRI 2 PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON 2023
Port Dickson, 18 November 2023- Telah berlangsung Pertandingan Ping Pong 1000 Liga Siri 2 Peringkat Daerah Port Dickson 2023 bertempat di Politeknik, Port Dickson hari ini. Program dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson.
Pertandingan ini telah melibatkan peserta dari pelbagai peringkat umur bermula dari jam 8.00 pagi. Pertandingan ini juga dapat menjadi platform untuk peserta-peserta mengasah bakat dan kemahiran mereka.Tempat Pertama telah dimenangi oleh Abdaul Umam bin Ahmad, Tempat Kedua disandang oleh Muhammad Hazmi bin Mohd Rofi manakala bagi Tempat Ketiga dikongsi bersama Michelle Fong Xin Ying dan Roseli bin Bachik.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cik Reena Nornisha binti Nordin Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Turut hadir dalam majlis ini En Mustapha bin Kamal Penyelaras Ping Pong Politeknik Port Dickson, Puan Siti Fatimah binti Md Ridzuan Pegawai Belia dan Sukan Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson dan barisan Teknikal serta Urusetia yang terlibat dalam penganjuran program.
Tahniah dan syabas buat semua pemenang.
Seremban, KLAS Renang Fasa 2 Siri 3 telah bermula pada 16/11/2023 dan berterusan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Seramai 40 orang peserta yang berumur antara 6 hingga 12 tahun telah menyertai program ini.. Program ini telah dibahagikan kepada dua sesi dan setiap sesi disertai seramai 20 orang peserta.
Program ini adalah bertujuan memberi latihan asas tentang renang bagi mengurang risiko lemas apa bila berada dalam air.
Semoga anak-anak ini mendapat menfaat dari latihan ini.
HARI INI!!
? HARIMAU MALAYA PERLUKAN SOKONGAN KITA! ?
Ayuh Waghih semua! Bersama kita turun padang menyokong perjuangan pasukan bola sepak negara di perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 ? ⚽️ &
Saksikan aksi pasukan bola sepak kebangsaan kita menentang Republik Kyrgyz malam ini bersama kami! ??
Malaysia ?? vs Republik Kyrgyz ??
? Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi
?️ 16 November 2023 (Khamis)
⏰ 9.00 malam
Jom semua "Ekor Harimau" ramai-ramai ke TAYANGAN SKRIN BESAR di KOMBES NS, PAROI dan tunjukkan semangat kita! ?
Selamanya Harimau Malaya ??, JBSN Bersama
MESYUARAT POST MORTEM DAN MAJLIS APRESIASI PETUGAS PILIHANRAYA BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N.14 AMPANGAN
Taman Negara, 12 November 2023-
Seramai 23 orang Petugas Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-15 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.14 Ampangan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menghadiri Mesyuarat Post Mortem dan Majlis Apresiasi Petugas Pilihanraya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.14 Ampangan bertempat di Tebing Guest House, Taman Negara , Pahang.
Mesyuarat ini telah dilaksanakan selama tiga (3) hari bermula 10 hingga 12 November 2023. Objektif utama mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan pandangan serta maklumbalas daripada semua petugas-petugas yang terlibat bagi menambah baik pengurusan pilihanraya pada masa akan datang.
Pada masa yang sama semua ahli mesyuarat telah turut serta dalam menjalankan aktiviti rekreasi yang telah di atur oleh pihak urusetia. Majlis Penutup telah diadakan penyerahan Sijil Apresiasi kepada semua petugas dalam menghargai petugas-petugas yang bertugas sepanjang Pilihanraya Negeri yang lepas. Mesyuarat dan majlis penutup ini telah disempurnakan oleh En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan merangkap Pegawai Pengurus Pilhanraya (RO).
Turut hadir bersama ialah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah merangkap Penolong Pegawai Pengurus (ARO) Pengurusan, Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah merangkap Penolong Pegawai Pengurus (ARO) Logistik dan Pn Aziana binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban merangkap Penolong Pegawai Pengurus (ARO) Undi Pos.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua petugas-petugas yang telah berkhidmat dan bertugas pada pilihanraya yang lepas.
PROGRAM MALAM CINTA RASUL & SOLIDARITI PALESTIN PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2023 ?⚡
?️ 11/11/2023 (Sabtu)
? Masjid Nurul Iman Kariah Felda Palong 9, 10, 11 & 18
PALONG - Seramai lebih 500 orang telah menyertai Sambutan Program Malam Cinta Rasul dan Soladariti Palestin Peringkat Daerah Jempol 2023 yang berlangsung di Dataran Masjid Nurul Imam Kariah Felda Palong 9,10,11 & 18 malam tadi.
Program tersebut berlangsung selama dua hari bermula 10hb November 2023 (Jumaat) dan berakhir lewat malam tadi.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang hari kedua tersebut ialah Forum Dhuha Jom Jelajah Masjid Inklusif ('Masyarakat Rabbani Pemacu Malaysia Madani') oleh Yayasan Faqeh pada sesi pagi.
Sebelah petang pula berlangsungnya
Pertandingan Akhir Rakan Muda Ekspresi (Azan, Hafazan dan Tilawah Al-Quran Kategori Kanak-kanak & Remaja).
Manakala acara kemuncak adalah Sambutan Program Malam Cinta Rasul dan Soladariti Palestin Peringkat Daerah Jempol 2023. Antara pentausiah jemputan ialah Habib Ebrahim Bin Salim, Habib Faqeh Muqaddam Al Aidrus, Ustaz Mohd Nurrahaman dan Ustaz Aiman Baraqbah bersama iringan oleh kumpulan Qasidah Nurul Musthofa.
Majlis Perasmian telahpun disempurnakan oleh YB Datuk Seri Hj. Jalaluddin bin Hj. Alias, Exco (Kanan) Kerajaan Negeri Sembilan. Hadir sama ialah YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong, YB Dato' Mohd Zaidy bin Abdul Kadir, ADUN Kawasan Jeram Padang, YBrs. Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol dan YDH DSP Mohd Hafiz bin Muhammad Nor, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol.
Dalam pada itu juga pasukan khas di kalangan belia dan beliawanis mewakili anak muda Daerah Jempol turut melaksanakan kutipan Tabung Amal Solidariti Palestin sebagai tanda sokongan terhadap usaha dan inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia yang mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM100 juta kepada kepada rakyat Palestin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kerjasama pelbagai agensi dan Ngo's bagi menjayakan program ini.
#savegaza
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KLAS RENANG FASA 2 - SIRI 2 DAERAH JEMPOL 2023
?️ 7 Nov 2023 (Selasa)
? RNJ Swimming Acedemy Bahau
BAHAU - Seramai 42 orang peserta Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang KBS Fasa 2 - Siri 2 Peringkat Daerah Jempol 2023 telah selesai selepas semua peserta menjalani 6 sesi latihan bermula pada 30 Oktober 2023 yang lalu.
Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saiful bin Abdul Talib, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Hadir sama ialah Encik Muhammad Syahir bin Mohd Sabri, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Sambutan yang cukup baik daripada para ibu bapa sekitar Daerah Jempol untuk menghantar anak-anak mereka yang berumur 6 hingga 12 tahun untuk menyertai KLAS Renang KBS ini. Rata-rata ibu bapa memberikan pandangan positif dan mengucapkan terima kasih kepada JBSNegara KBS atas inisiatif mengadakan program yang sangat baik ini.
Program KLAS Renang Fasa 2 - Siri 3 dan Siri 4 akan diteruskan pada minggu yang akan datang. Pendaftaran juga amat menggalakkan dan sudahpun penuh.
Terima kasih kepada jurulatih Maswim 马来西亚游泳暨专业教练公会 dan semua pihak yang terlibat dalam program ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
TAMPIN, 12 November 2023 (Ahad) –
Kejohanan XCO MTB Terbuka Tampin 2023 pada hari ini menyaksikan lebih daripada 60 penyertaan meliputi lapan kategori mengikut jantina dan peringkat umur. Litar Taman Rekreasi Tampin sekali lagi menjadi medan taruhan para pelumba bagi mengungguli kategori masing-masing.
Kejohanan di bawah Program Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan telah dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama ASP Abdul Hanif bin Abdul Ghani, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Tampin. Turut hadir Sarjan Abd Rahim bin Sabilan, En. Saiful Adly bin Hj Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin serta beberapa ketua jabatan dan wakil agensi.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba Daerah Tampin, APM Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dan JKR Daerah Tampin dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
TAMPIN, 11 November 2023 (Sabtu) – Seramai 75 pelumba menyahut cabaran Kejohanan Kriterium Terbuka Tampin 2023 yang telah diadakan di kawasan letak kereta Stadium Mini Tampin pada hari ini.
Kejohanan di bawah Program Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin.
Sebanyak 11 kategori mengikut jantina, peringkat umur dan jenis basikal telah dipertandingkan bagi menarik pelumba dari pelbagai kelab berbasikal dalam negeri dan luar negara antaranya Johor, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur dan Singapura.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Turut hadir En. Zulhilmi bin Marzuki, Setiausaha Majlis Daerah Tampin, Sarjan Abd Rahim bin Sabilan, wakil Ketua Polis Daerah Tampin dan En. Saiful Adly bin Hj Abd Wahab, Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin serta beberapa ketua jabatan dan wakil agensi.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Balai Bomba Daerah Tampin, APM Daerah Tampin dan JKR Daerah Tampin dalam membantu kelancaran dan keselamatan sepanjang kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga bertemu kembali pada Kejohanan XCO MTB Terbuka Tampin 2023 pada esok hari.
PAROI, 7 November 2023- Telah berlangsung Majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 bertempat di Ballroom, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Majlis pengiktirafan ini diadakan bagi memberi ”highlight” kepada pencapaian peserta Tahap Perak dan Gangsa bagi program ARPRM dan juga menjadi pemangkin kepada peserta bagi meneruskan ke tahap yang tertinggi iaitu Tahap Emas.
Majlis ini telah disempurkan oleh YB Tuan Hj Mustapha bin Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Encik Syamsul Tahrin Bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir para Pemimpin-pemimpin ARPRM dan juga Penggerak Badan Operasi ARPRM seluruh Negeri Sembilan. Seramai 252 peserta Tahap Gangsa dan 96 peserta Tahap Perak berjaya ditauliahkan pada majlis tahun ini.
Syabas diucapkan kepada para peserta, semoga penghargaan ini dapat memberi suntikan semangat untuk meneruskan ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi seorang modal insan yang berdaya saing di mata masyarakat, bangsa dan negara!!!
#jbsn9